CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, May 28, 2009

Tiket : Siapa Cepat...

Alhamdulillah...

Nampak gayanye ana kena buat makluman sikit, tiket yang di warwarkan tu sekarang da tinggal sikit, mungkin akibat "murah gaknye"... ana pn tak tau antum semua yang menilainya... ok... untuk pengetahuan semasa... tiket yang tinggal adalah pada tarikh berikut:

Penerbangan: Egypt Air
Tarikh: 22 dan 29 jun, 1, 11, 25 julai

Itu pun ikut siapa cepat die dapat...


Untuk makluman semua, tiket untuk bulan lapan ke atas telah dinaikkan, ana tak pasti berapa, tp nnt ana confrimkan. Jadi kepada sesiapa yang sudah bertiket, enjoy your journey....

Sunday, May 24, 2009

Tiket Harga Student...


Salam kepada semua Warga Malaysia yang tinggal di Mesir, yang belajar di Mesir... yang ingin pulang menziarahi ayah dan ibu, yang ingin balik terus (Jgn Pandang Belakang)... ade sedikit berita untuk antum semua. Ada yang baik dan kurang bernasib baik.

Firstly yg baik la :Disini ada menyediakan perkhidmatan untuk membeli tiket Egpyt Air dari Mesr ke Malaysia. Harga insyaAllah berpatutan untuk kita sama2 pulang ke tanah air kita... di bawah saya senaraikan harga tiket yang boleh di beli..

Misr Tairan:


Sehala: L.e 2,300
Ulang Alik: L.e 3,350
Tempoh Ulang Alik: setahun
Berat Barang :40kg

Maklumat Lanjut:
Hp: 0144351154 (Abu Dzarr)
YM: kakashi_bug@yahoo.com (offline pun boleh)



Yang kurang baik, tawaran ini sah sehingga akhir bulan jun sahaja :(, apa2 hal... ana akan cuba untuk selepas itu... kerana akhir bulan enam ni pn ana kan pulang ke tanah air... huhuhu... jd nasihat penaja tempah la awal2 yer.. :D

Tempahan dibuka sekarang... Salam Imtihan

Thursday, May 21, 2009

BUKU TERBARU UNTUK IBU

"Ibu Madrasah Pertamaku"



Pada jam 10.30 pagi 15/5/2009, nenek dan mak cik sempo serta beberapa orang penulis buku "Ibu Madrasah Pertama Ku" ke udara Udara Di Radio IKIM. Slot dokumentari jam 10.30 pg sempena sambutan hari ibu merupakan satu perkongsian oleh para penyumbang penulisan untuk berkongsi tips, pengalaman suka duka perjuangan ibu ibu masing2 dalam memberikan pendidikan Islam dan menghasilkan anak anak yang berjaya dalam pelajarannya dan kehidupannya. Antara penulis yang berkongsi tentang ibu masing-masing dalam slot ini ialah Mama dan emak mama Hajah Sakinah, Puan Anfaal Saari dan ibu, Puan Aliza Jaafar, Dr Harlina Halizah Siraj dan Roha Hassan. Rakaman Slot Oleh Team Radio IKIM Yang Diketuai Oleh Puan Fairus telah datang ke Kompleks JIM pada 14/5/09.


(Nenek bersama Mak Cik Sempo, Mak Cik Wahibah dan Makcik Nafisah serta anaknya)


Apa tunggu lagi! Dapatkan Buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku" untuk mengetahui kisah-kisah 23 orang ibu yang ditulis oleh 25 orang anak. Maklumat lanjut tentang buku "Ibu Madrasah Pertama Ku" ini boleh diperolehi daripada Roha Hassan(012-4317948) atau Nazirah/Murni (03-41073379)

Sedikit coretan sinopsis yang terdapat dalam buku ini...

Emak Aku Adalah ‘Woman Of Substances’
Ir Endok Sempo binti M Tahir-
M & E Consulting Engineer

”Tiada rehat selagi hidup, tiada pencen sebelum mati. Kerana hidup kita sentiasa berjuang dan kita mesti kaya untuk menolong orang lain.”

Sudah terlalu lama aku pendamkan niat ini. Niat untuk menulis tentang emak. Namun kini adalah masa terbaik untuk merakamkannya. Semasa artikel ini ditulis, aku sedang terlantar sakit kerana menjalani rawatan dan proses pemulihan dari serangan asthma yang terjadi seminggu yang lepas. Sambil berbaring di katil teruja fikiran untuk mula menulis. Masa inilah aku terasa benar-benar memerlukan kehadiran emak di sisi.

Teringat zaman kanak-kanak dan remaja, masa sakitlah emak terlalu dekat dengan kita. Rasa sakit, terpinggir, keseorangan, kesepian dan kesedihan ini membolehkan aku menulis sesuatu. Ilham dan bayangan masa lalu datang bertindih-tindih. Jelas wajah kasih dan simpati emak. Terasa kelembutan sentuhan emak dan motivasi emak mengalir dalam diri.

Perjuangan masa lalu emak menanamkan iman dan semangat dan menggilap potensi aku sejak dari kecil hingga dewasa malah semakin terkesan dalam rumahtangga apabila usia semakin senja. Emak adalah idola dan mentor dalam membentuk jati diri, membina kerjaya, melayari bahtera rumahtangga, menyusur alunan ombak kehidupan yang silih berganti antara susah dan senang.

Emak bersuamikan seorang pejuang revolusi

Kedatangan seorang ‘Guru’ dan Pejuang Revolusi dari Makassar Indonesia ke Tanah Melayu tahun 1948 menjadi buah mulut suku kaum Bugis yang telah bermastautin sejak abad ke 19 di Benut, Johor. Perawakan ‘kiyai’ dan keilmuan Islam nya yang terserlah memancing minat sepasang keluarga ‘berada’ kacukan Bugis-Banjar di Sungai Pulai Muar. Pasangan itu ialah datuk dan nenek aku. Mereka amat berkenan dengan semangat keislaman yang berkobar-kobar, kelakuan bersopan santun serta gaya pertuturan ‘guru’ itu yang kemudiannya menjadikan ayah aku menantu mereka.

Pada tahun 1949, ayah aku menjadi menantu idaman datuk aku. Emak aku, Sakinah Binti Abdul Hamid menjadi isteri seorang pejuang revolusi semasa dia masih bersekolah dalam darjah 4 di sekolah rendah. Umur emak di kala itu ialah 10 tahun. Menjadi isteri seorang pejuang revolusi bermakna menempah ranjau perjuangan yang penuh kesusahan. Gadis kecil se muda itu (anak orang berada yang serba cukup) tidak pernah terfikir risiko bersuamikan seorang yang berjiwa revolusioner. Emak seperti gadis-gadis di zamannya bukan tidak punya pilihan, tetapi mereka terlalu muda untuk memilih. Kedua ibu bapa merekalah yang memilih dan menentukan calon pasangan hidup mereka.

Sepatah kata emak, takdir telah menemukan emak dengan ayah kerana ada satu ’tujuan’ khusus. Emak telah dipilih Allah menjadi isteri ayah kerana ada maksud yang tersembunyi dan tersirat, yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tujuan itu pada mulanya tidak emak fahami. Namun kehidupan bersama ayah selama hampir 45 tahun membuktikan semuanya. Kesusahan, penderitaan, kelaparan dan kesempitan dalam perjuangan, menghidupkan dan mendidik anak-anak semuanya tidak sia-sia.

Gelombang kehidupan bersama ayah menjadikan emak juga seorang ‘pejuang kehidupan’ yang cekal dan tabah serta tidak pernah mengaku kalah dan pantang berundur. Emak melihat perkahwinan bersama ayah bertujuan untuk melakar satu sejarah perjuangan yang menyambung sejarah perjuangan yang tidak ada penghujungnya sehinggalah dijemput malaikat maut. Perjuangan kemerdekaan jiwa dan bekerja untuk Islam sehingga mati tanpa rehat. Tidak ada istilah pencen dalam diari kehidupan pasangan berjiwa merdeka ini.

Emak umpama ’Aisyah’ tapi ’ibu beranak ramai’

Perjuangan emak sepanjang masa mudanya ialah perjuangan melahirkan anak sebanyak 17 kali, membesarkan dan mendidik anak seramai 13 orang sehingga dewasa. Dalam usia yang teramat muda, emak telah merasa erti pahitnya ’kehilangan’ apabila 3 orang puteranya meninggal dunia semasa kecil. Putera pertama, kedua dan ketiga dilahirkan sempurna dan hidup untuk beberapa bulan namun kemudian meninggal dunia satu persatu di kala emak berumur bawah 14 tahun. Bayangkan kepiluan dan kekosongan hati seorang ibu muda.

Ibu muda ini sebenarnya telah bertekad untuk memikul tugas besar seorang ’ibu’ muslimah. Suaminya pernah berkata, bahawa ’wanita terbaik ialah wanita yang paling ramai anaknya. Anak perlu ramai untuk menggandakan tentera Allah memperjuangkan agama Nya. Islam perlu umat yang ramai. Kekuatan politik sesuatu bangsa terletak pada bilangan ramai umatnya.

Dalam kekecewaan emak, ayah membawa emak menunaikan fardu Haji ke Mekah semasa emak berumur 14 tahun. Doa emak hanya satu. Emak berdoa agar dia dikurniakan anak yang ramai dan mohon Allah gantikan anak-anaknya yang telah diambil pergi. Emak genggam kemas cita-citanya yang satu itu, demi memegang amanat seorang ’guru’. Ayah terus memberikan kata semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada isterinya yang teramat muda itu. ...