Kini ku kenang kembali kisah ini, sudah 4 tahun aku tidak mendengarnya, ia menjadi pengajaran buat ku untuk kesekian kalina, semoga cerpen ini dapat memberi kekuatan rohani untuk kita remaja-remaja islam dalam mengenal cinta sejati, insyaAllah. Ma rabbun siwa...
Semakin kuusir semakin ia hadir,
Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran,
Kusedar kini,
HATIKU MILIKMU
Biarpun jauh kularikan diri,
Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri..
(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro! aku tak nak seksa perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan.Entah bila!
"Umar, kau nak beli sim card baru, kan?" soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..
Umar mengangguk ringkas.
"Beli yang aku punya je lah," tawar Fathil.
"Separuh harga?" acah Umar.
"Beres. Kau nak sekarang ke?"
"Tak nak" Umar acuh tak acuh.
"Cis, buang karen je!" bentak Fathil.
"Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual
betul-betul ke ni?" Umar meragui.
"Muka hensem aku ni ada gayapenipu ke?" Fathil berwajah serius.
"Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu?
Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,"
"Tak sampai pun sebulan" Fathil membetulkan fakta.
"Habis tu, nak beli yang lain pulak?"
"Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas nak ada
apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,"
"Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clash
jugak?"
"Biasalah, lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari
perempuan baik tau. Dia ni tak kena selera gadis idaman aku lah. Aku malas
nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar..tak pernah bermak we,"Fathil
meluahkan.
Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia
menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu
membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya.
(Siapa yang tidak cemburu...dan, kau tahu Umar...kaulah lelaki itu)
"Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau"Umar menyindir.
"Eleh...nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab aku
tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah"
"Ish, awek malangmana lah pulak yang kanjadi mangsa kau kali ni,.. Dasar
playboy!" sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.
"Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nak
cari mak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!" Fathil pula
mengenakan Umar.
"Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah...aku malas je!"
"Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau tackle
Maziah,"Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengan
cabarannya.
"Maziah mana pulak ni?"
"Classmate aku. Sombong betul dia..buat aku tercabar je. Nanti ada peluang
aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Aku
suruh kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku,"
"Kau kanmahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,"
"Kanbetul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan. Kau tahu tak, Maziah ni
bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau
boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,"
"Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan.."Umar
menolak cabaran.
"Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kanpercaya selagi kau tak
tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kau
tackle Maziah dengan cara apa sekalipun" wajah Fathil hambar. Dia keluar
meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cyber cafe,
manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam laman
chit-chat.
(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah!) bisik
Fathil.
Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam handset. Sejurus
selepas itu, irama handset berbunyi.
"Hello! Fathil"suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke gegendang
telinga Umar.
"Err, hello. Fathil tak der," Umar gugup berhadapan suara itu.
"Ah, alasan je tu! Fika tak percaya. Fika nak cakap dengan Fathil,
cepatlah.. "suara itu mendesak.
"Betul..dia keluar. Sumpah!" Umar meyakinkan.
"Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?"
"Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,"
"Fika dah agaK!dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah
Fika.. semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan," suara itu
bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.
"Tapi, tak semua.." Umar membela kaumnya.
" Fika tak pernah jumpa pun...semua lelaki yang Fika kenali tak boleh
harap,"
" Err, suatu hari nanti jumpa lah.."
" Huh, entah bila.."
" Berdoalah pada Allah,"
" Berdoa?"gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.
(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.
" Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung,
putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!"gadis itu
melawak sambil ketawa lagi.
Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan
melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman
Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya mengenali
seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk berhubung begini.
Kali pertama dia cubamendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti.
Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan itu ialah Asiah Yusro,
perempuan yang terkenal dengan waro' di sekolahnya dulu.
Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus
terngiang-ngiang di pendengaran.
(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok
kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)
(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni...)
Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba irama
handsetnya berbunyi lagi.
"Hello, Fika ni!"
Gurlp!Umar menelan liur.
" Hello!"balas Umar.
" Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diri
pun," Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
" Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan. Saudara?"
" Err..Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,"
" Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho.."
" Ish, tak der lah. Biasa je..."
" Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar,
boleh?"
" Abang?!" Gurlp!!!
" Aa..ah..tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kanabang Umar?!"
" Err.. " kelu lidah Umar.
" Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu
Fika, sms lah..miss you my hero! Ummmwah.."
Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang.
Dia cubamembayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik
tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu
terus bermain-main di ingatan. Umar cubamenepis tapi kali ini dia tak
berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum
sendiri.
" Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?" Fathil mengajak. Kepalanya
ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Umar. Dia mesti bijak menjerat
Umar agar dia boleh bebas daripada buruan Fika. Baru petang tadi dia diburu
lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia menjanjikan sesuatu
untuk Fika kerana dia tahu dia tak boleh bebas daripada gadis yang licik
itu selagi Umar tak dijadikan penggantinya.
" Tak minat!"balas Umar. Ringkas.
" Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni. Jom lah Umar, aku bukannya
ajak kau club in, tengok teater dalam universiti je. Lagipun, bukan ada
apa-apa malam ni..bosanlah!"
" Aku tak nak!!" tegas Umar.
" Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco. Kau sanggup
tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?" Fathil tahu kelemahan
Umar, seterusnya cubamenjerat.
" Tapi..Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni."
" Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-cepat. Aku
segan lah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng setan.
Ntah macam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng diorang jugak,
kan?!"
" Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu. Tapi Hanif ngan Faizi bukan!
Mereka kawan baik aku,"
" Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak sebulu ngan aku.."
" Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak tau.
Ingat aku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan diorang.
Asyik nak ajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman sekolah dulu lagi
agaknya,"
" Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah.." Fathil ragu-ragu.
" Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!"
" Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap je tapi kena tunjukkan.
Macam ni lah yang aku nak."
Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Umar membonceng di belakang.
Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang bakal diatur antara Umar dan
Fika.
" Eh..eh.. Maziah lah!"Fathil tak menyangka terserempak dengan Maziah.
" Yang mana?"
" Tu, tu, baju putih."
Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih yang
sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang kawannya. Kelajuan
motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan pandangannya mampu menatap
wajah Maziah sekilas cuma.
" Nampak tak?" suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin.
" Sikit-sikit je..kau bawa motor laju sangat," balas Umar.
" Okey, aku pusing lagi sekali. Cambetul-betul tau." Fathil bertindak
seperti apa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian bas itu, dia
memperlahankan motorsikalnya sambil berteriak gatal,
" Maaaziaaahhhh...." Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga turut
memandang. Panahan matanya tembus ke hati Fathil hinggakan motorsikal yang
dipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat cover.
(Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Umar.
Umar cubamengecam wajah Maziah sekali lagi. Matanya beralih fokus kepada
seseorang.
(Eh, Asiah Yusro?!)Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi Maziah
ialah Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya.
(Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik motor dengan budak
gila-gila macam Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi.
Ahh,..biarkan. Boleh blah lah Asiah Yusro dengan thiqoh kau tu..kaulah
wanita paling kejam. Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!)
Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan besar universiti. Kakinya
pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh Umar.
" Lawa si Maziah, kan?!"
" Kau memang..cari orang lawa je!"
" Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!"
" Buktinya?"
" Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga.."
" Perasaan kau je tu!Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat jiwa
kau terseksa," Umar belajar daripada pengalaman.
" Orang tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan,"
" Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun aku
boleh cari mak we,"
Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil. Seorang gadis berwajah
jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam.
" Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!" marah gadis itu. Comel.
(Fika?! Gurlp!!)
" Umar, kau bertuah malam niâ?¦memang sesaat pun!" Fathil separuh berbisik.
Umar kehairanan dan cubamentafsirkan kata-kata itu.
" Err, tak de lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk Fika.
Bukan Fathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang lebih baik
untuk Fika berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas Fathil pada Fika.
Kenalkan ni Umar Al-Mujahid. Dia boleh jadi pak we baru Fika," pandai
Fathil menyusun ayat. Dia memang mahir bertanam tebu di pinggir bibir.
Hatinya melonjak-lonjak riang kerana boleh bebas daripada perempuan yang
dianggap merimaskan ini. Lagipun dia tahu, memang itu yang Fika inginkan.
Fika tentu gembira melihat lelaki misteri yang membonceng motornya tempoh
hari, kini ada di depan matanya.
Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas dengan renungan tajam gadis
itu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mula berkuntum dari
bibir mungil bak limau seulas, merah bak delima merekah.
(Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar.
(Wow, 10 kali ganda lagi hensem dari Fathil! Macam Hritik Roshan..) Fika
pun turut terpegun dengan ketampanan Umar.
Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si gadis jelita.
Teknologi sms 'dimanfaatkan' sepenuhnya sebagai penghubung saban hari.
Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka berbalas sms.
(Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah. Inikah
makna cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!)
Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman wanita
sebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang seronok! Umar tak
mampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja yang menipu daya. Dia
membiarkan dirinya terus dan terus hanyut dipukul badai cinta yang kian
bergelora. Cinta yang terumbang-ambing di samudera luas dan tak tertinjau
tepiannya. Kini, malamnya ditemani mimpi-mimpi indah,siangnya teruja dek
warna-warni cinta. Cinta itu indah.
(Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati ini...
Fika, bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh, Fika..)
Tok!Tok! Assalamualaikum...
Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu biliknya
diketuk.
" Umar ada?" seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan biliknya.
Bibir lelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk berjabat
tangan dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok.
" Saya Banna..Hassan Al-Banna," lelaki itu memperkenalkan diri.
" Kenal...selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolej
sebelah, kan?!"
" Mmm...awak?"
" Aku Fathil." Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar.
" Umar, kawan kau datang!" Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil pula
berirama minta diangkat.
" Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergi lah ni,". Fathil
tergesa-gesa mengikat tali kasut.
" Umar tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam compartment dia tu!" Ujar
Fathil kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar sebaik sahaja
tali kasutnya kemas diikat.
Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur. Tidur petang. Di
dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling kepada satu mesej yang
tertera di skrin handset.
Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak?
Bolehlah bang...plizzzzzz...luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!
Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan tidak
percaya.
(Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.
Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-gesa
tanpa membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru muda.
(Tertinggal agaknya?)Banna memandang Fathil dengan senyuman.
''Dia tak bangun lagi ke?'' Fathil sempat menjenguk Banna di dalam
compartment Umar.
''Emm..tak lagi!'' balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu
menggoyang-goyangkan bahu Umar.
''Woii, bangunlah?.kawan kau datang ni!'' tengking Fathil. Umar
menggosok-gosokkan mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset
seketika, kemudian pantas menutupnya.
''Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak keluar
pun susah sekarang ni,'' leter Fathil . Hati Banna makin curiga dengan
Umar.
''Err, nak ke mana tu?'' Banna sempat bertanya.
''Nak ke stall. Sekarang ni kanMujahidah Week, bolehlah membeli sambil
ngorat mujahidah?'' Fathil ketawa berdekah-dekah dengan lawaknya. Banna
turut tersenyum.
''Chow dulu?'' Fathil melemparkan senyuman ramah.
(Bagus dia, mudah masuk ngan orang?) hati Banna memuji Fathil.
Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk mengajak Umar
menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-pelajar lepasan
Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak asing lagi di negeri
Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya berasal daripada sekolah
itu, majoriti mereka daripada situ. Smart group ditubuhkan bertujuan untuk
mengumpulkan mereka, berbincang soal akademik, akhlak, isu semasa,
tarbiyyah dan da'wah. Smart group juga dapat mengikat hati-hati mereka agar
tetap bersama sahabat-sahabat yang soleh dan suasana yang mendidik.
Kewujudan smart group adalah cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana
dunia hari ini terlalu menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada
Islam perlu dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka
boleh lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran
jahiliyyah.
(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro? Aku dah
besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah Taman Islam
lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun sudah jelek aku
mendengarnya!)
''Banna, ana ada hal lah esok,'' Umar masih mengekalkan ganti nama ana yang
cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.
''Hal apa yang lebih penting dari smart group?''
''Err?nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah kena
hantar,'' Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.
''Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil tu,
kami semua boleh tolong nta siapkan assignment..'' Banna menawarkan
pertolongan.
''Eh, tak yah lah?ana boleh buat sendiri,''Umar menolak.
''Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. Insyallah, kalau
nta datang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat asignment . Kalau
kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Smart group bukan benda
main-main, ianya tanda sensitiviti kita pada agama. Sahabat-sahabat kita
semuanya dah cukup rindu kat nta,. Masuk ni, dah tiga kali nta tak datang.
Bayangkan tiga minggu nta menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak
risau?!''
(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah bosan
dengan smart group?)
''Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana? Bukan ke kita
dah janji?!'' Banna melontarkan persoalan.
''Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana temankan
dia. Tak sempat nak hantar mesej kat nta,''
''Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap
sahabat kami sampai bila-bila. Datanglah esok?''
''Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau
ditanya, katakan ana banyak assignment,''
''Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia contact nta
tapi tak dapat-dapat,''. Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah Taman Islam
yang kini sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di fikiran Umar. Baru
semalam dia bertembung dengan Dr. Azmin namun dia cepat-cepat mengelak.
(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya tentang
tarbiyyah dan da'wah. Tarbiyyah, da'wah? Pergi jahanamlah?aku dah meluat.
Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)
''Ana dah tukar sim card?''jawab Umar bersahaja.
''Kenapa tak inform?''
''Ana nak rahsiakan nombor ana,'' Umar tak berselindung.
''Kenapa ni Umar?''hairan Banna dibuatnya.
''Ntah?!Bosan?''getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.
''Bosan? Bosan dengan apa?''
''Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong.
Betul-betul bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah
terutamanya smart group. Tolonglah?ana tak nak dengar perkataan tu lagi,
bosan! Ana tak nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang lain. Ana tak
tahan dan memberontak bila kat sini pun korang semua masih nak kongkong ana
macam kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah, ukhuwwah, da'wah, tarbiyyah?ahh,
meluat!''terpancul kata-kata yang sarat luahan.
(Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh?biarkan?biarkan?dah lama benar ia
terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.
Banna terpaku.
(Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)
''Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?'' Banna mengungkap.
(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)
''Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana kagumi.
Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu?.. diri kita ibarat cawan. Kalau
kita tak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk.
Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman,
anasir-anasir lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi
diri kita dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam
hati. Kita terlalu hajat pada hidayah Allah,'' Banna menyambung lagi,
''Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah.
Kita tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada
mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur
dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah tunjukkan
jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?''
''Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,'' jiwa Umar
gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.
(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku
mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku juga
tahu, kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua tulah
yang merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)
''Umar, jangan cubalari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila nta
nak berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya begini.
Kita akan mati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan orang-orang
yang rugi?'' Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna terdiam.
(Ahhhhhhhhh?.bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)
''Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik.
Nantilah,esok kalau ada masa ana datang smart group,'' jiwa Umar terusik.
Banna tersenyum. Air liurnya tak terbuang sia-sia.
''Ana akan tunggu nta.Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta. Ingat,
sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya mas'ul kita, Dr Azmin,''
Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.
''Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni?'' Umar
menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.
''Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat stall
jap, Assalamualaikum. Jumpa lagi,'' Banna bangun beredar. Umar membalas
salam. Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar menjawab panggilan
itu dengan suara lembut. Banna menjeling.
(Adik dia kot?)hati Banna cubaberbaik sangka. Namun, otaknya ligat berfikir
sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi baca sebentar
tadi, lalu dia membuat satu sms.
Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg esok.
Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun berhampiran dewan
besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari gerai kepunyaan Kelab
Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari jauh, Banna melihat
adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik adiknya sedang sibuk
menyusun buku-buku di gerai mereka.
(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah?.)hati Banna berbisik. Dia mengakui
hatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar mujahidah acuan
Sekolah Taman Islam yang sangat dihormati kerana ketokohannya dalam
tarbiyyah dan da'wah. Lantaran itu, hatinya akan segera beristighfar. Dia
tidak mahu jiwanya dibiarkan parah dibaham mazmumah.
Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab Penulisan.
''Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,'' Banna mengajak adiknya
beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin daripada Asiah
Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir senyuman. Sebelum
beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil cebisan-cebisan kertas
berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam lipatan sebuah buku.
''Kertas apa tu?'' Banna menjeling.
''Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-ayat
yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf, tak
sempat nak tunjuk kat abang..'' Maziah meyerahkan cebisan-cebisan kertas
itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.
''Lelaki ke?''
''Kalau perempuan, Maziah tak kanbuat macam ni, bang?''
''Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan datang
silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah agar kita tak
hanyut nanti.,''nasihat seorang abang.
''Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik Allah?Maziah
takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda dengan ujian ni.
Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu memerlukan hidayah-Nya
untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia
boleh pergi meninggalkan kita, kanbang?!''
(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita yang
ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)
''Mmm.Sama-samalah kita berdoa?.'' Banna mengangguk setuju.
''Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad yang aku beli
mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we,'' bentak Fathil yang berada
selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan abangnya.
''A'ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau tu. Aku
rasa, tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau diorang ni,
Fathil,'' tambah Joe.
''Dating depan orang ramai pulak tu,'' darah Fathil mendidih.
''Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat, aku
kenal pak we dia tu,''gigi-gigi Fathil dicengkam kuat, bergemerincing.
''Siapa?''
''Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro', tapi sama
setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan aku, nak
sakitkan hati aku lah tu,''
''Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku
takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit?''
''Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku meluat
ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik, begini pulak
jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna, Maziah dan Fika pun
aku nak ajar sekali,''
''Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,'' Joe makin
mengapi-apikan kemarahan Fathil.
''Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?''
''Malam ni? Kenapa lambat sangat?sekarang ni pun dah boleh belasah ngan
mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah berasmara tu,''
Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.
''Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester lepas tu ada
makna?''
''Hanif mana ni bang?''
''Alah, Hanif?kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak de rupa sangat tapi
agamanya, insyallah.''
''Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari Sekolah
Taman Islam jugak ke, bang?'' Pergaulan yang terbatas di sekolah itu
menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar lelaki. Begitulah
sebaliknya.
''Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia dalam
smart group yang sama dengan abang.,''
''Maziah ingat?.zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah rumah
kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya ziarah. Dia
tu nakal masa kecil dulu,kanabang? Maziah cukup tak suka kat dia dulu. Dia
selalu ejek Maziah macam-macam,''
''Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit lah.
Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is perfect.
Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab kita. Maziah macam
mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga Hanif masuk meminang?''
''Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah
awal-awal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah siapa
pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan dia berada di
atas jalan tarbiyyah dan da'wah. Maziah tak pernah pandang rupa atau
kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan bimbingannya,''
''Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah?.''
Tiba-tiba?..
''Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-ala
setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii?''laung Fathil
dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa orang
pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah mereka dengan kata-kata
Fathil yang lantang itu. Banna cubamenjelaskan keadaaan. Dia menghampiri
Fathil.
''Fathil?dengar sini?''
''Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan?.''
''Fathil?'' Banna cubabersuara lagi. Terhalang.
''Sudahlah?.tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi bersuluh.
Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama universiti je,''
Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripada Banna selepas
memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia puas lalu meninggalkan
mereka terpinga-pinga.
Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri Maziah.
''Sabarlah Maziah, Allah tahu nti adik- beradik,''
''Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak
bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,''
luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering mengganggunya
saban hari.
''Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki tadi,
mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya tapi kurang
teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan abang Maziah tadi
memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak ?'' Maziah mengangguk.
''Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan da'wah
bil hikmah dengan izin Allah,'' Kata-kata Asiah Yusro menenangkan hati
Maziah. Dia berzikir memuji Allah.
Banna datang menghampiri adiknya.
''Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita juga.
Semuanya kerana salah faham,'' Banna mengingatkan adiknya. Maziah
tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.
''Insyallah, bang! Err, abang?dia lah yang menghantar kad biru tu. Maziah
ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia, ya?!''
Tanya Maziah.
''Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita dulu.
Abang selalu ziarah biliknya,'' Banna menerangkan. Di Taman Islam, siapa
yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.
''Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umar lah yang
membonceng motor dia?'' Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro berfikir
sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid.
(Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan tarbiyyah
dan da'wah?). Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,
''Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan Umar.
Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan da'wah,''
Banna terdiam dengan kata-kata itu.
(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang
membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na'uzubillah. Astargfirullah,
sangka tak baik kat orang pulak aku ni. Astargfirullah)
Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada. Dipecat baju
lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia merebahkan badan.
''Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?'' tanya Umar yang
sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms dengan
Fika.
''Aku bengang betul lah!''
''Bengang apa?''
''Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati dia je koyak kad yang aku
bagi. Siapa tak bengang?''
''Orang dah ada pak we, cari lain je?.''
''Huh, tak semudah tu! Ni Fathil?dia belum kenal lagi siapa Fathil!''
''Kau nak buat apa?'' Umar ingin tahu.
''Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut aku,''
''Belasah perempuan?'' (Gila!) bentak hati Umar.
''Bodoh! Belasah pak we dia lah?''
''Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,''
''Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-betul.
Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau! Kau
bayangkanlah, dia sanggup rampas mak we aku dan sengaja ajak dating depan
mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? ''
''Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau atau
kau yang rampas awek orang?'' Umar tahu Fathil tak pernah berjaya tackle
Maziah.
'' Kau tahu apa Umar?! Tu lah?asyik gila bersms je. Kau kena ingat, kau
dapat Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik balik ngan
Fika dan ajak dia bermadu asmaradepan mata kau?''
Umar akhirnya mengalah.
''Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,'' Fathil menunding jari tepat
ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari kolejnya menuju ke kafetaria.
Wajah Banna agak samar dalam cahaya neon yang kurang terang. Fathil, Umar
dan Joe bersembunyi di sebalik sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna
melewati kawasan yang agak gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang
sekuat hati. Tenaganya difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting
beberapa meter ke tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya
berdarah. Gigi taringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang dengan
menyiku belakang Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia
menarik kolar baju Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya
mati serta-merta tatkala terpandang wajah lelaki itu.
Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemas
menggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk.
Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya. Umar
menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna menyambut dan
bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya.
(Kau Banna? Ah?kasihan kau!) kesal hati Umar.
''Cis, mampuslah korang berdua!'' Fathil meradang melihat drama itu lalu
cubamenyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas mematahkan
serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang dimiliki. Fathil
sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan membuat tumbukan tepat
sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk membantu tetapi silatnya
juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun sudah tercedera. Banna gagah
dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul curi sebentar tadi, mungkin mereka
tak berpeluang mencederakannya.
''Woii!!'' seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka.
Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-wajah pelajar
di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka.
(Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.
''Woii. Korang gaduh ye?''
''Tak, kami berlatih taekwando!'' Fathil berdalih.
''Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah cam ni?'' Pak Guard
menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi taringnya
yang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah tercabut kerana terkena
penumbuk Joe.
''A'ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej,''
tambah Joe.
''Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Tak de orang
yang berlatih sampai berdarah cam ni,'' Pak Guard masih curiga lantaran
melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung Banna. Begitu juga
mulutnya.
''Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak sengaja,''
Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang menjadi semakin
tegang.Bukan bohong tapi helah.
''Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court . Yang korang
berlatih dalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh? Sudah, aku tak
nak tengok korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat lain!'' Pak Guard
meyakini kata-kata Banna lalu minta mereka segera bersurai.
''Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau?'' api kemarahan Fathil
masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala ke arah batang
hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu pergi.
''Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan aku,
hah?'' Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut lengannya yang
sakit dipulas Banna sebentar tadi.
''Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau? Mesti kau tolak
awal-awal. Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah
rampas mak we aku. Pas tu dating depan orang ramai, buat maksiat!''
Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada
mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir pertemuan
mereka petang tadi.
(Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa aku pernah nampak dia.
Baru aku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)
''Fathil, awak salah faham..'' Banna bersuara, cubamenjelaskan keadaan.
Fathil segera memotong.
''Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah tu mak
we aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku takkan serik
belasah kau,''
''Bodoh! Memang kau salah faham?'' Umar menengking lagi. Dia tak dapat
menahan kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja dia meramas-ramas
mulut celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.
''Salah faham apa? Aku tengok depan mata kepala aku sendiri?'' Fathil
menguatkan kenyataannya.
''Aku pun tengok!'' tambah Joe.
''Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar dia lah, bukan mak we!''
Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun tak pernah
mengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat yang terlalu
dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan keterangan itu. Merah padam
mukanya.
(Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?)
Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah bertikam
lidah pula. Dia menghidupkan motorsikalnya untuk meronda ke sanalagi
sekali.
''Anggaplah tak de apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya kerana
salah faham bukan salah sesiapa,'' ujar Banna dengan lembut sambil
menghulurkan tangannya.
(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil
dibuatnya. Dia tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia menumbuk
ringan bahu Joe untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang semakin hampir
membatalkan niatnya menegur tatkala melihat adegan Banna menghulur tangan,
kemudian Fathil dan Joe mula beredar.
''Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?'' sempat Pak Guard
menyindir sambil berlalu pergi.
Umar merenung wajah Banna.
''Banna, cedera nta teruk ke?''
''Sikit je,'' balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.
''Nta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah nta pun. Fathil tu yang
memandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah syok kat
perempuan, memang dia usahakan jugak sampai dapat,''
''Lupakanlah?.. Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap nta
boleh bagitahu Fathil hal ni,''
'' Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak belasah
nta tadi,'' Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi melihat sahabatnya
berdarah.
''Tak per, Umar. Lupakan? Nta juga yang tolong ana tadi. Terima- kasih!
Moga Allah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap nta akan mengambil
pengajaran. Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan masalah. Silap
haribulan, boleh kena buang universiti. Kita kena berfikir panjang sebelum
bertindak. Hari ni, ana, kawan nta sendiri yang nta belasah. Esok lusa,
kalau nta belasah orang lain pun, dia juga adalah kawan kepada seseorang,
anak lelaki kepada seseorang dan abang kepada seseorang. Fikirkan berapa
manusia yang membenci dan tak meredhai nta kalau nta membelasah
seseorang!!'' Kata-kata Banna membuatkan Umar terfikir.
''Banna, ana minta maaf!'' Umar memeluk Banna. Handsetnya berirama
sekaligus meleraikan pelukannya. Adamesej yang diterima.
Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika dah tak
tahan ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul jadi gila tak
menentu, asyik ingatkan abang je! Esok ye sayang?.luv U!!
Umar serba- salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil, Hizbi,
Faizi dan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata Banna, mereka
seolah-olah sedang melambai-lambai mengajaknya ke smart group pada petang
esok. Umar membaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas dengan kuasa cinta Nur
Syafika.
''Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-betul tak
boleh pergi smart group,''
''Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu mengajak. Ana doakan,
Allah permudahkan urusan nta untuk siapkan assignment nta,. Kalau sempat
siap, nta datanglah. Kejap pun tak per,' balas Banna. Mengharap.
****************************************************
Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Umar Al-Mujahid
benar-benar membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di sisinya. Matanya
sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu. Dia cubamemasukkan
jejari halusnya di celah jejari Umar namun ditepis oleh Umar. Suasana di
tepi tasik PWTC begitu romantis dirasakan.
''Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!'' iman di dada Umar bersuara.
Fika mencebikkan bibir.
''Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika
kansayang abang. Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika nak
bermanja sikit dengan abang,''Fika bersuara manja. Gerak badanya melentok
ke sana-sini kerana cubamenggoda Umar. Umar terdiam. Gurlp!! Tersirap darah
mudanya.Perlahan-lahan, tangannya dibiarkan berada dalam genggaman Fika.
Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula kepalanya
ke bahu Umar.
''Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika takut
abang marah Fika,''
''Tunjuk apa?''
''Abang kena janji takkan marah?''
''Kenapa abang nak marah pulak?''
''Janjilah dulu sayang?''
''Okey,abang janji takkan marah Fika,''
Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Umar. Kacamata hitam
yang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-apa.
''Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak rambut
Fika? Abang suka tak?''
Gurlp! ''Fika, pakai balik tudung tu!'' arah Umar.
''Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?'' Fika bersuara merajuk.
''Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk rambut dia pada lelaki.
Berdosa!''
''Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda sayang
Fika pada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah ke Fika nak
bahagiakan abang? Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan Fika. Abang ingat,
buat teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan duit Fika untuk abang.
Fika nak kelihatan cantik pun semata-mata untuk abang. Ini bukti cinta
Fika, bang! Tulus cinta Fika pada abang?'' Umar makin lemas dihambur
kata-kata manis Fika.Matanya dikaburi warna-warni pelangi yang indah dalam
dunia cinta ciptaan syaitan. Imannya direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh
kata-kata Fika. Tangannya mula diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya
dipejamkan agar mindanya boleh terbang menyahut khayalan dunia cinta Nur
Syafika.
''Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak kita,''ungkapan
kata-kata Dr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda Umar. Imannya
berbisik lagi, masih tidak mahu tewas melawan bisikan syaitan.
Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit rasa berdosa. Dia
memandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada sekumpulan pemuda
sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat hampir dengan
posisinya. Mereka sedang rancak berbincang sesuatu. Umar menjeling sekilas
pandang.
''Gurlp! Diorang?'' Dada Umar berombak kencang tatkala melihat Banna,
Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group di
situ.
Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika
lalu memakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya.
Fika hairan melihat tindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia
menyangka Umar sedang berlawak untuknya.
''Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah abang ni!'' Fika
mencubit paha Umar.
''Fika, apa yang kita buat ni berdosa!'' Umar bersuara tegas
menyebabkan Fika mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu
rasa bersalah tatkala melihat sahabat-sahabatnya.
(Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati Umar menaruh
harapan. Dia tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah
sekian lama memerhati gelagat mereka berdua.
''Tapi?ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan
abang. Fika sayang abang,''
''Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?'' Umar
tiba-tiba meradang. Jiwanya takut sekali.
''Jom balik!'' Umar mengajak pulang.
''Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik?
Fika belum puas lagi bersama abang!''wajah Fika penuh keliru.
''Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika,
jangan buat Fika tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak
kehilangan abang sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika
sayang abang!''
''Abang nak balik?'' Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan
Fika.
''Abang Umar, pulangkan tudung Fika!'' Fika menjerit kuat
membuatkan semua sahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar.
Umar turut terhenti langkahnya dan memandang
sahabat-sahabatnya. Mata mereka bertembung.
Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar yang
cubamenyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan.
Dr Azmin menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka
selendang yang dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata
lelakinya bergenang. Ditahan sekuat hati agar tidak tumpah.
Sahabat-sahabatnya datang menghampiri. Fika berdebar melihat
lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya sambil cepat-cepat
berlalu pergi.
(Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka
kau, Umar. Kau hadapilah seorang diri!)
''Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!'' Umar meluahkan.
Suaranya sebak.
''Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia
berada dimana sahaja!'' Dr. Azmin bersuara.
''Umar, nta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari
hidayah Allah,'' Dr. Azmin bersuara lagi.
''Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah
Allah!'' luah Umar penuh kesalan.
''Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah
dalam hidup kita. Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan
kita. Kembalilah Umar?.kembali bersama kami,'' Banna memujuk.
''Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan
sia-siakan potensi diri nta. Kami masih menaruh harapan tinggi
pada nta,'' lembut kata-kata Hizbi.
''Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang
bertunas di Taman Islam dulu?'' Banna mengingatkan saat
kegemilangan Umar, Ketua Pengawas Sekolah Taman Islam yang
berwibawa.
Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk
menaikkan semangat Umar agar kembali di atas jalan da'wah dan
tarbiyyah.
''Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang
ana buat. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Allah
bila Allah nampakkkan semula maksiat tu di padangmahsyar
nanti,'' Umar betul-betul menyesal.
''Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia memang
sentiasa ada kederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita
hajat pada tarbiyyah untuk memelihara diri kita. Kita tak
boleh hidup sorang-sorang di dunia yang banyak perangkapnya
ni. Musang akan cepat menyambar kambing yang duduk
sorang-sorang,'' Faizi mengatur kata. Umar memeluk Faizi.
Seterusnya Dr Azmin, Syamil,Banna, Hanif dan Hizbi turut
dirangkul erat. Jiwanya sebak.
(aku bertuah kerana ada sahabat macam korang semua?Aku bosan
dengan perjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam
korang. Aku tahu, roh perjuangan yang aku cubalari darinya
itulah yang menjadikan korang sebaik ini?)
*************************************************************
''Keluarga Hanif merisik nti? Alhamdulillah? Bertuah nti
kerana akan dapat sahabat kita nanti. Ana teringatkan kak
Safar, kak Aisyah, kak Husna, kak Akmal dan kak Farah. Mereka
semua sanggup tak kahwin lagi semata-mata menanti pinangan
sahabat-sahabat kita. Bukan mereka tak laku, tapi mereka nak
bersama orang yang boleh membawa mereka terus istiqomah di
atas jalan tarbiyyah dan dakwah,'' Asiah Yusro tumpang gembira
dengan berita yang terpancul dari mulut Maziah namun berita
itu membawanya terkenang kepada beberapa orang sahibah
sefikrah yang masih belum berumah-tangga.
''Ana pun ada mendengar tentang kak Akmal yang dipaksa kahwin
oleh keluarganya dengan seorang lelaki. Lelaki tu bukan dalam
kalangan sahabat kita dan kurang pula kefahamannya tentang
tarbiyyah dan da'wah,'' tambah Maziah.
''Kasihan kak Akmal. Dia mengalami konflik dengan keluarganya
sekarang ni,. Sama-samalah kita doakan dia, Apa yang ana
kesalkan,tak de sorangpun sahabat yang tampil berkorban untuk
selamatkan kak Akmal sedangkan isu ni dan lama dibangkitkan,''
Asiah Yusro bersuara kesal.
''Masakan tidak, ramai sahabat nak cari orang luar. Selalunya,
dalam bab a'mal Islami yang lain kita boleh berpadu kefahaman
dan tindakan tapi dalam bab memilih jodoh, ramai sahabat yang
nak cari sendiri. Mereka tak nak lagi ambil Islam secara
menyeluruh. Yang cantik je menjadi pilihan, yang kurang cantik
dipinggirkan,'' Maziah mencebik bibir. Lipatan tudungnya
dibetulkan.
''Betul. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran daripada
hadith yang menyuruh mereka lebih memandang agama seseorang
gadis melebihi kecantikan, harta atau keturunannya. Semua itu
akan pudar dan hilang kecuali iman si gadis,'' Asiah Yusro
menyokong kata-kata Maziah.
'' Tapi, tak semua sahabat begitu?nak tak nak, kita kena baik
sangka juga dengan sahabat-sahabat kita. Tengok, ramai yang
berjaya bina baitul da'wah mereka. Kita patut bersyukur kerana
kita pun antara orang yang dilahirkan daripada baitul da'wah.
Malah, berpeluang pula menjadi bekas pelajar di Sekolah Taman
Islam bersama-sama kebanyakan generasi semaian baitul
da'wah,'' Asiah Yusro berbaik sangka.
''Tengoklah juga Hanif, dia tetap memilih sahibah?'' Asiah
Yusra mengusik Maziah yang kelihatan terdiam seketika.
''Astargfirullah! Lagho ana nanti?'' Maziah membulatkan mata.
''Maaf, ana gurau je..'' Asiah Yusro tersenyum manis. Maziah
geram diusik. Dia berfikir sesuatu,
''Yusro, nti pun tentu menjadi rebutan sahabat,'' Maziah pula
yang mengusik.
''Ish, tak de lah. Siapalah ana?.'' Asiah Yusro merendah diri.
''Alah, bukan ana tak tahu, nti pernah dicuba sahabat tapi nti
menolaknya,'' Tercengang Asiah Yusro mendengar kata-kata itu.
(Ya, Umar Al-Mujahid pernah merisikku. Tapi, aku tak pernah
menolak. Aku cuma diam pada risikannya. Jauh di sudut hati,
aku harap dia faham bahawa diam itu tanda setuju)
''Mana nti tahu?'' dia terkejut bila rahsianya terbongkar.
''Umi nti kankawan baik umi ana. Umi nti yang cerita?.
Baru-baru ni pun, mas'ulah kita, Dr. Sal ada minta biodata dan
gambar nti, kan?! Dah tentu ada sahabat yang berkenan kat nti
tu,''Maziah tertawa kecil melihat telatah Asiah Yusro yang
mula tertunduk malu.
Di ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali bagaimana Umar
Al-Mujahid pernah beberapa kali menghantar mesej untuk merisik
dirinya sebaik sahaja mereka dipertemukan kembali dalam
universiti yang sama. Tetapi, mesej Umar terbengkalai tanpa
apa-apa jawapan. Bukan Asiah Yusro tak sukakan Umar
Al-Mujahid, namun dia terlalu terkejut dengan tindakan berani
Umar. Justeru, dia mengabaikan mesej-mesej Umar begitu sahaja
agar perasaan terkejutnya kembali tenang. Dia terkejut kerana
dirisik oleh sahabat yang paling dikaguminya di Sekolah Taman
Islam. Malah, dia sering melarikan diri daripada bertembung
dengan Umar kerana terlampau malu. Hatinya resah. Memang,
Asiah Yusro tak dapat lagi menipu diru. Dia juga turut
merasakan bahawa hatinya menaruh harapan terhadap Umar. Namun,
hari-hari yang pantas berlalu, dia terus disibukkan dengan
akademik, Kelab Penulisan, program-program tarbiyyah dan
da'wah daripada berfikir soal itu. Dia langsung tidak
mengambil tahu perkembangan Umar di universiti. Asiah Yusro
terlampau menjaga hatinya agar tidak rosak, sakit dan mati
kerana diracuni nama seorang lelaki. Baginya, cinta adalah
ujian yang paling berat dan besar fitnahnya di alam remaja.
Dia bermujahadah untuk tidak terjebak ke dalam sumur buta itu.
(Entah bagaimana keadaan Umar sekarang?masihkah dia setia
menantiku? Ahh, ku tepis rindu ini! Aku yakin, dialah orang
yang meminta biodataku dari Dr. Sal sebab tu aku tak kantanya
Dr.Sal tentang hal ni. Moga, Allah memudahkanku untuk membina
baitul da'wah idaman bersamanya?) Asiah Yusro bermonolog
sendiri. Memang sesekali hatinya tidak dapat mengelak daripada
berfikir tentang Umar.
Maziah menyergahnya.
''Tiba-tiba berkhayal, ye?!Fikirkan masa depan? Jangan
bimbang, nti wanita solehah, tentu mendapat suami yang soleh
juga. Moga-moga di kalangan sahabat,'' Maziah mengusik. Dia
pula mengimbas sesuatu. Ibunya berjumpa Dr. Sal dan ibu Asiah
Yusro seminggu yang lepas. Ibu-ibu mereka berkawan baik dengan
Dr. Sal sejak mereka sama-sama menuntut di universiti yang
sama. Tujuan mereka adalah merisik Asiah Yusro untuk abangnya,
Hassan Al-Banna. Namun, ianya diluar pengetahuan Asiah
Yusro.Maziah sudah lama menduga abangnya menaruh hati terhadap
teman baiknya sebelum abangnya itu berani menyuarakan hasrat
hati kepada ibu. Ibu merekalah yang telah meminta gambar dan
biodata Asiah Yusro daripada mas'ulah Asiah Yusro iaitu Dr
Sal.
"Bang Umar, baliklah pada Fika. Fika rindu abang Umar yang Fika kenali
dulu,'' Fika terus memujuk rayu. Handset Umar sentiasa berirama dengan
mesej dan panggilan daripada gadis itu.
''Fika, kita dah tak de apa-apa lagi. Berapa kali orang nak cakap,''
''Abang, sampai hati abang! Takkan semudah ni abang nak tinggalkan Fika?
Abang tak kasihankan Fika? Apa salah Fika pada abang?'' terdengar suara
tangisan Fika. Hati Umar terusik.
''Abang, Fika selalu jadi mangsa cinta lelaki. Selepas Fika dah menaruh
harapan tinggi, senang-senang je lelaki nak tinggalkan Fika. Fika ingat
Fika dah jumpa cinta sejati selepas menemui abang, tapi rupanya Fika silap.
Abang pun sama macam jantan lain. Abang langsung tak kasihankan Fika?''
Umar terus diracuni pujuk rayu dan tangisan Nur Syafika. Berbisa sungguh
tangisan seorang wanita di hati seorang lelaki.
''Fika, abang pun masih sayangkan Fika. Tapi, abang tak boleh terima bila
perhubungan kita ni atas jalan yang salah, jalan yang Allah tak redhai.
Abang mengakui, abang lemah menghadapi godaan Fika. Abang tak nak peristiwa
tempoh hari berulang lagi. Fika harus faham, jika Fika sayangkan
perhubungan ni, Fika kembalilah mencari Allah. Bila hati kita sama-sama
mencari Allah, barulah kita masih ada peluang untuk hidup bersama,''
''Abang, bimbinglah Fika,''terus merayu.
''Apa yang mampu abang lakukan. Pergaulan kita terbatas kerana kita adalah
mahram. Kalau Fika betul-betul hajatkan bimbingan, Fika carilah seorang
pelajar bernama Asiah Yusro. Abang yakin dia boleh bimbing Fika. Kalau tak
silap abang, dia selalu hadiri kuliyah Tazkiyatul Nafs oleh Dr. Azmin
setiap Ahad malam di department abang,''
*********************************************************
''Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika. Ana kasihan kat dia. Ana
rasa nak kahwin dengan dia,'' Umar meluahkan kepada Banna ketika menziarahi
Banna di biliknya.
''Umar, ana tengok nta tak pernah nak berkongsi dengan mas'ul kita tentang
masalah nta ni tiapkali diadakan smart group. Kejap lagi Dr Azmin datang.
Masalah nta ni rumit. Nta perlu ada syuur perkongsian dengan mas'ul kita.
Insyaallah dia boleh bantu,''. Smart group minggu ini diadakan di bilik
Banna. Selang beberapa minit mereka asyik berbual, Dr Azmin pun datang.
Mereka bersalam berpelukan. Tidak lama kemudian Hanif, Hizbi, Syamil dan
Faizi turut menyusul. Kali ini, Umar berkongsi masalahnya dengan
sahabat-sahabatnya dalam smart group. Setelah mendengar luahan Umar,
masing-masing tampil memberikan hujah bernas untuk menolong Umar
menyelesaikan masalahnya. Umar terharu dengan pandangan-pandangan ikhlas
sahabat-sahabatnya.
''Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan kita
masih terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat mardhotillah yang
kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah dalam membina baitul
da'wah. Generasi yang nak dilahirkan adalah generasi yang boleh mewarisi
da'wah kita ini,'' Syamil berhujah matang.
''Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak kahwin
lagi?'' Faizi menduga.
''Sebenarnya, ana dah cubatackle sorang sahibah, tapi dia langsung tak
layan. Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik untuk ana.
Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak tackle sahibah lagi.
Mereka semua wanita mulia,'' wajah Asiah Yusro bermain di minda Umar.
''Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang nta lalui.
Mungkin cara nta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum terbuka lagi
untuk menerima nta saat tu. Nta patut cubalagi dengan perantaraan mas'ul
kita atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro' dan boleh diterima
olehnya,'' Banna menasihatkan.
''Ye, kita kena jaga syaro'. Lelaki tak boleh dekati perempuan dan
perempuan tak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah bertunang
sekalipun. Hanya perkahwinan yang menghalalkan semua tu.'' Faizi menyokong.
Umar terdiam seketika.
''Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah ana
putus asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman Islam,
tentu ana tak jadi macam ni,'' sesalan Umar tidak sirna.
''Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita. Kita
harus sedar bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana seperti di
Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan untuk mengubah apa jua
suasana yang kita lalui dan menjadikannya sebagai suasana mendidik, suasana
tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan suasana, seterusnya menjadi sembelihan
kepada sistem,'' Syamil tak lupa memainkan peranannya.
''Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak
berubah. Nta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Nta kena cari
sahibah,'' Hizbi mengemukakan pendapat peribadinya.
''Apa pendapat Dr.?'' Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma diam
berfikir. Mas'ul sudah tentu banyak pengalaman.
''Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana ana sebagai mas'ul pun cari
orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran tarbiyyah
dan da'wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi satu dengan seorang
sahibah. Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua ana. Alhamdulillah
mereka boleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha mencetak pewaris da'wah
daripada zuriat kami,'' mas'ul mereka meluahkan. Mereka semua memandang
tepat anak mata Dr Azmin yang jernih berkaca.
''Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengan saranan untuk
mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui, kahwin dengan
orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan wanita yang tak lalui
tarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan beban da'wah kita lebih
berat dalam baitul da'wah. Tarbiyyah untuk zuriat kita pun akan turut
tergugat. Siapa lagi kalau bukan kita yang terpaksa pikul semua tu?'' Dr
Azmin berkongsi pengalaman berharga.
''Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita yang masih tak kahwin.
Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke tangan orang
yang tak faham tarbiyyah dan da'wah kalau bukan kamu semua?'' Masing-masing
terdiam.
''Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin dekat dengan antum.
Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa kahwin oleh orangtuanya yang
kurang faham. Dia lebih tua dari antum. Orangnya tak de rupa sangat, tapi
agamanya, Masyallah?.. Adayang sanggup?''
''Ana!'' serentak Syamil, Faizi dan Hizbi menyanggupi. Banna, Umar dan
Hanif terdiam seolah-olah sudah ada pilihan hati. Dr Azmin tersenyum.
''Bagus. Ramai yang sanggup. Ramai sahibah yang kanterselamat jika sahabat
seperti kamu sanggup mengorbankan kepentingan diri. Kita tak boleh memilih
dengan mengikut suara nafsu. Nafsu sudah tentu nakkan yang cantik dan
pandai menggoda sahaja. Di mana kita letakkan matlamat kita ketika tu?'' Dr
Azmin membuka minda mereka.
''Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah tapi?'' Hanif meluahkan isi
hati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia memendam rasa tidak puas
hati apabila keluarganya merisik adik kembar Banna untuknya. Banna
mengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna pelik dengan kenyataannya.
''Teruskan Hanif?.'' Sambung Banna, penuh minat untuk tahu.
''Entahlah, ana tak sangka keluarga ana berkenan dekat Maziah, adik Banna.
Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling menziarahi, ana selalu
ejek Maziah sebab selalu pakai baju terbalik. Pakai kain pulak senget. Masa
zaman sekolah menengah pulak, ana tahu Maziah jenis tak suka belajar masak.
Kebanyakan sahibah ni aktif, tentu ramai yang tak pandai masak. Rasa tak
percaya bila ana kena jadi suaminya,'' Hanif mengkritik tanpa berselindung.
(Fathil separuh gila sukakan Maziah, dia ni pulak nak sia-siakan peluang.
Entah, tak faham aku dengan dunia ni!)hati Umar berbisik.'
''Takkan itu alasan nta untuk menolak seorang sahibah, tak bersangkut paut
langsung dengan maslahah da'wah. Itu zaman kecil. Nta pun apa kurang
nakalnya. Nta terlalu banyak berprasangka negatif. Kalau sekarang ni pun
nta masih tak puas hati dengan sebarang kekurangan Maziah, nta perlu
selidik dan nta perlu cari jalan untuk menegur secara hikmah. Ana yakin
adik ana boleh menerima teguran kerana dia seorang wanita yang ditarbiyyah.
Ana boleh menjadi perantaraan nta dan Maziah,'' Banna membetulkan persepsi
kolot Hanif terhadap seorang sahibah. Bukan kerana sohibah itu adiknya tapi
itulah hakikat yang perlu disampaikan. Dia lebih kenal Maziah.
''Ana tahu Maziah tiada kurangnya. Sebenarnya, ana ada sebab lain. Ana rasa
suka kat seorang sahibah yang ana rasa mustahil ana boleh dapat dia. Terus
ana rasa tak de mood nak cari sahibah,''
''Nta ni Hanif?kenapa buat kesimpulan sebelum berbincang. Cepat benar nta
kata mustahil. Nta kanada mas'ul. Kenapa tak bagitahu ana? Ana boleh
aturkan,''Dr Azmin bersuara.
''Tak.Ana rasa ana memang tak layak untuk dia. Dia cantik, ana tak. Dia
putih, ana hitam. Dia?.''
''Huh, cantik jugak yang dipandangnya dulu. Itu suara nafsu nta, Hanif,''
''Maksud ana dia ada segalanya, cukup 4 ciri wanita yang Rasulullah
sebutkan?.malah, kuat pegangan agama dan beramal dengannya! Ana sedar ana
tak layak untuknya,'' Hanif membela hujahnya.
''Siapa?'' Dr Azmin ingin tahu.
''Asiah Yusro?'' Hanif tidak segan silu memberitahu. Mata Banna dan Umar
terbeliak.
(Asiah Yusro???) hati mereka seakan tidak percaya.
Dr. Azmin memandang Banna. Banna sudah terlebih awal memberitahunya bahawa
dia sukakan gadis itu. Malah, Dr. Azmin sudahpun berbincang perkara itu
dengan mas'ulah Asiah Yusro iaitu Dr. Sal.
Jam menunjuk tepat angka 11 malam. Kuliyah Tazkiyatul Nafs yang
dikendalikan oleh Dr. Azmin baru sahaja berakhir. Mata Fika sejak tadi liar
memerhati Fathil dan Umar yang turut menghadiri kuliyah itu. Seorang lelaki
yang duduk di sebelah Fathil menarik perhatiannya. Dia menjeling beberapa
kali wajah lelaki itu dan kemudian menjeling wajah seorang gadis di
sebelahnya.
(Wah, mirip benar! Dah lah sama hensem dan cantik. Adik beradik kembar ke
ni?) fikiran Fika jauh mengelamun sejak tadi. Sedikit pun pengisian Dr.
Azmin tidak dihiraukannya. Dia menghadiri program tapi hatinya tak hadir
sama, akibatnya tarbiyyah tak berjalan.
(Entahlah kenapa aku datang ke sini, mungkin kerana Umar? atau kerana Asiah
Yusro yang Umar katakan .Aku sorang je yang pakai seluar. Ni bukan tempat
yang sesuai untuk orang macam aku!!!)
(Eh, nampak intim je Fathil dengan lelaki tu. Kalau dulu aku kenal Umar
kerana Fathil, kali ni, aku mesti goda Fathil supaya kenalkan aku dengan
lelaki ni pulak. Bolehlah lelaki ni jadi back up andai satu ketika Umar
tinggalkan aku)
Fathil memang menjadi intim dengan Banna selepas peristiwa pergaduhan
mereka. Mungkinkah ada udang di sebalik batu atau hatinya terpaut dengan
peribadi mulia Banna?
Tatkala menyedari pelajar-pelajar yang menghadiri kuliyah itu mula bangun
beredar , Fika memberanikan diri menegur gadis di sebelahnya.
''Maaf, tumpang tanya. Err, saya Fika. Awak kenal Asiah Yusro dalam bilik
kuliyah ni?'' Maziah tersenyum.
''Saya Maziah. Asiah Yusro?.hah, yang baru bangun dari kerusi depan tu,''
Maziah menunding jari. Senyumannya masih tak lekang. Gembira dapat
menolong.
''Oh, yang pakai tudung labuh warna kelabu tu?''
(Err, macam ustazah!)
''A'ah. Jom! Boleh saya kenalkan awak dengannya..''
''Err, tak pe lah. Saya?.'' Fika segan melihat perwatakan Asiah Yusro.
Namun hatinya mendesak untuk berhadapan.
''Alah, jangan risau. Dia baik, jom?''
(keranamu Umar?) Fika akur dengan ajakan Maziah. Maziah lantas
mempertemukan Fika dan Asiah Yusro.
Asiah Yusro tersenyum ramah menerima perkenalan yang tidak disangka itu.
Maziah beredar meninggalkan mereka. Dia ingin berjumpa abangnya Banna
kerana ada urusan peribadi.
''Tak sangka boleh jumpa awak?'' Fika memulakan perbualan selepas saling
berkenalan.
''Saya pun terharu sebab awak sudi nak berkenalan dengan saya. Semua ni
aturan Allah. Macam mana awak boleh kenal saya?''
(Asiah Yusro, unik nama kau. Orangnya pun manis. Patutlah Umar tak berapa
nak layan aku lagi. Mungkin gara-gara kau, perempuan perampas!)
''Awak kenal Umar Al-Mujahid?'' Fika bertanya, mengabaikan persoalan Asiah
Yusro.
" Awak kenal Umar Al-Mujahid?" Fika bertanya, mengabaikan persoalan Asiah
Yusro.
" Kenal," ringkas jawapannya. Asiah Yusro kehairanan.
" Macam mana boleh kenal?" lagak Fika bagaikan seorang peguam sedang
menyoal pesalah di kandang saksi. Nadanya mendatar.
" Dia satu sekolah dengan saya dulu,"
" Takkan kenal sebagai kawan satu sekolah je kot..awak bercinta dengannya?"
" Err.." Asiah Yusro teragak-agak menjawab soalan itu. Pelik!
" Mm, awak tak perlu jawab soalan tu. Dari riak wajah awak pun saya tahu
awak memang bercinta dengannya..". Asiah Yusro menafikan tuduhan yang tidak
berasas itu. Gosip liar ini boleh mencemar nama baiknya.
(Ya, aku sukakan Umar. Tapi, kami tak pernah bercinta..)
Fika terus bertindak berani melemparkan tuduhan yang dicipta oleh
mindanya. Semuanya satu sangkaan semata-mata. Malah, dihamburkan dengan
kata-kata berbaur fitnah yang menyakitkan. Dia cukup cemburu dan curiga
dengan gadis itu. Baginya, perempuan yang terpancul namanya di mulut Umar
ini telah meracuni cintanya. Kehadirannya boleh mengancam kebahagiaan.
(Cis, kau suruh aku mendapat bimbingan daripada si perampas ni, Umar?!
Mustahil! Aku tak perlukan bimbingan sesiapa hatta diri kau sendiripun,
Umar. Aku sudah seronok dengan gayahidupku. Tak ada sesiapa berhak
mengajarku!) Fika sebenarnya langsung tidak berminat untuk mendapat
bimbingan sesiapa. Kata-katanya di hadapan Umar cumalah madah berhelah
semata-mata. Pada malam itu, Asiah Yusro dijadikan mangsa untuknya
melepaskan tekanan perasan yang meluat-luat dengan kerenggangan
perhubungannya dan Umar. Asiah Yusro tenang menghadapi semua itu. Walaupun
teruk dihina dan dinista namun dia masih mampu tersenyum kerana meyakini
Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
(Kasihan dia. Entah dari mana didengarnya cerita yang bukan-bukan ni. Tak
mengapalah, aku yakin Allah sengaja datangkan semua ni untuk mengujiku.
Ujian itu tanda sayangnya Allah padaku) Asiah Yusro terus tabah. Hatinya
tak putus-putus berzikir, berbaik sangka dengan ujian Allah.
(Gila perempuan ni! Kenapa kau senyum pula? Kerana kau puas merampas Umar
daripada aku? Huh, jangan mimpi lah perempuan. Umar tetap akan jadi hak
aku)
" Bang, Fika terseksa bila abang buat Fika macam ni. Fika ajak abang jumpa
kejap pun abang tolak. Dah lah tu, abang jarang-jarang je jawab panggilan
Fika. Abang dah benci Fika ke?"
" Fika, abang nak kembali pada kehidupan bersama kawan-kawan abang. Abang
rasa lebih tenang bersama mereka. Dulu, abang cubatinggalkan mereka tapi
hidup abang jadi tak tenteram,".
" Mereka lebih penting daripada Fika?". Umar terdiam. Sukar bibirnya
melepaskan ucap.
" Abang akui, abang tak boleh lupakan Fika,".
" Abang, jawab soalan Fika! Mereka lebih penting daripada Fika?"
" Ya, Fika!" terperanjat Fika dengan jawapan yakin Umar.
" Menyampah! Fika benci abang! Fika benci semua lelaki! Fika boleh jadi
gila kalau macam ni. Jangan terkejut kalau Fika bunuh diri."
" Fika, jangan jadi bodoh! Fika ingat bunuh diri tu boleh selesaikan
masalah? Berlambak lagi masalah dalam alam barzakh. Fika cakap, Fika nak
berubah dan perlukan bimbingan. Fika dah cari Asiah Yusro seperti yang
abang suruh?"
" Abang, kenapa Fika perlu cari perempuan tu? Fika tahu, kawan yang lebih
penting dari Fika yang abang maksudkan tadi ialah dia. Abang tak perlu
berdalih lagi. Abang sengaja nak sakitkan hati Fika. Abang suruh Fika
mencari orang yang telah merampas abang dari Fika?! Kalau Fika cari pun,
Fika akan ajar dia!" hati yang sarat dendam tersurat daripada kata-kata
Fika.
" Astargfirullah. Fika, tak baik sangka yang bukan-bukan. Abang cuma
berharap agar Fika boleh menerima bimbingan darinya...untuk kebaikan Fika
juga,"
" Kenapa dia yang harus bimbing Fika? Kenapa tidak abang?"
(Perempuan ni sebenarnya belum bersedia ditarbiyyah. Dia ada niat lain.
Hatinya berajakan nafsu. Ini boleh menjadi hijab untuknya menerima hidayah.
Dia perlu ada kesediaan hati dan keikhlasan niat)
" Fika, Fika perlu ikhlaskan niat kalau nak kebaikan. Ini bukan nokhtah
bidayah atau titik mula yang betul untuk berubah. Matlamat tak
menghalalkan cara. Abang tak boleh nak bimbing Fika sebab fitnah bagi hati
abang dan Fika jauh lebih hebat nanti. Jalan ni tak syaro'. Kita juga yang
terhijab dari hidayah Allah, rugilah kita!"
" Tapi bang, Fika dah pun berjumpa Asiah Yusro. Dia tak sanggup terima Fika
untuk dibimbing. Fika ni terlalu kotor pada pandangannya. Macam-macam
dihinanya Fika. Dia seakan jijik melihat pakaian Fika. Fika tahu Fika tak
semulia dia, tapi salahkah Fika mengharapkan bimbingannya? Bang, hati Fika
benar-benar terguris dengan sikapnya. Fika tak nak jumpa dia lagi. Fika
serik," Fika berbohong dengan esak tangis yang dibuat-dibuat untuk
mencairkan hati Umar.
(Boleh percaya ke perempuan ni?) Umar ragu-ragu.
" Bang, kasihanlah pada Fika. Fika benar-benar ikhlas perlukan bimbingan.
Abang bimbinglah Fika. Fika akan sanggup lakukan apa saja yang abang suruh.
Kalau abang nak suruh Fika pakai pakaian macam Asiah Yusro pun, Fika akan
pakai. Fika hanya perlukan bimbingan abang!"
" Ahh, jangan buat sesuatu kerana abang! Semua amal kena ikhlas kerana
Allah. Kalau Fika nak ubah cara berpakaian Fika pun, perlu dengan ilmu dan
hujjah, bukan ikut-ikutan atau disuruh orang,"
" Bang, Fika akui Fika jahil tentang semua tu. Bagaimana Fika boleh berubah
tanpa bimbingan orang seperti abang? Bang, tolonglah.. Fika rasa Fika perlu
sangat-sangat jumpa abang. Fika nak pinjam buku-buku agama yang abang
miliki. Fika betul-betul nak berubah, bang! Jangan biarkan Fika hanyut.
Kasihanilah Fika.."
Pujuk rayu Fika berjaya juga mengusik hati Umar. Dia tewas untuk kesekian
kalinya. Pertemuan akhirnya diatur dengan Fika.
(Kenapa rasa tak sedap hati ni? Asyik nampak muka Banna dan yang lain-lain
je. Ucapan-ucapan aku kat Sekolah Taman Islam pula, selalu kedengaran kat
telinga ni. Adaapa-apa yang akan berlaku ke nanti? Allah redho ke tak ni?)
(Alah, aku jumpa Fika pun untuk bantunya pada kebaikan. Sekejap je. Bukan
nak buat apa-apa yang tak baik)
Hati Umar sedang diperangi bisikan-bisikan antara syaitan dan malaikat.
Umar mencari-cari kelibat Fika. Kedudukan orang ramai berselerak di sungai
Ulu Yam menyukarkannya menemui Fika. Sudah setengah jam Umar menanti. Dia
membuka beg galas yang disandangnya, mencari handset. Dia ingin membuat sms
kepada Fika. Namun, handsetnya tiada.
(Eh, macam mana boleh hilang?) Otak Umar ligat berfikir. Dia cubamengimbas
kembali kali terakhir dia memegang handsetnya. Memang sah, dia
meletakkannya di dalam beg itu.
(Peliknya..macam mana boleh hilang? Dicuri penyeluk saku kah?)
(Astargfirullah. Mungkin ini balasan Allah. Handset tu selalu aku gunakan
untuk tujuan maksiat. Aku dah salah gunakan teknologi sms. Allah Maha Halus
ujian-Nya, mungkin Dia tak nak aku buat maksiat lagi...mungkin inilah tanda
cinta-Nya) Umar terkenang akan dosa-dosanya. Di saat-saat susah begitu,
Umar pantas teringatkan Allah. Dadanya sebak mengenangkan cinta Allah yang
sentiasa hadir bersamanya walaupun dia cubamenderhaka lagi. Penyayang-Nya
Allah.
" Semakin jauh ku dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku..
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih, siapalah diriku di pandangan-Mu.." Lidah Umar
mengungkap sepotong nasyid. Kemudian, Umar termenung di tepi sungai Ulu
Yam, di atas sebuah batu besar. Dia tidak lagi terfikir untuk mencari Fika.
Wajahnya kelihatan risau.
(Handset hilang. Pedih menerima satu kehilangan. Hati jadi sedih. Ahh,
bodohnya aku! Kenapa aku tak merasai kehilangan seperti ini ketika aku
cubalari dari hidayah Allah dulu??? Bertahun-tahun hidupku tak keruan. Aku
tak menyumbang apa-apa untuk agama Allah. Siapa yang nak bayar harga
kerugian itu? Aku kehilangan rahmat dan hidayah Allah kerana aku sendiri
cuai menjaganya. Baru aku sedar bahawa aku tak cukup ikhlas mencari hidayah
Allah di Taman Islam. Hatiku ada hijab. Aku lebih mendamba cinta Asiah
Yusro daripada cinta Allah. Aku remehkan soal keikhlasan hati dan mazmumah
yang ada tak sepenuhnya kukikis. Kubiarkan ia bersarang. Akhirnya, ia
merebak dan meracuni hati.Lalu, Allah asingkan aku dari rahmat-Nya
seketika. Azab rasanya! Aku lemas dalam lautan cinta buta yang sementara.
Mujurlah, Dia masih sudi memimpinku kembali. Aku tahu, cinta-Nya padaku tak
pernah bertepi. Cuma aku yang tak menghargai.Cukuplah...aku tak mahu
kehilangan lagi. Ya Allah, Kaulah cintaku!) Hati Umar bermadah pilu. Rasa
kehambaan berkunjung datang. Rahmat Tuhan.
Tiba-tiba...
Tiba-tiba...
" Uwarghhhhhhhh...." Fika menyakat Umar dari belakang. Wajahnya ceria.
Pakaiannya seksi menggoda. Rambutnya lurus melepasi bahu, diwarnakan
perang. Kedua-dua tangannya erat memegang bahu Umar. Umar segera menepis
kasar.
"Hey, tak boleh sentuh lah!"
"Alah, bang! Fika tak sentuh kulit abang pun, kena baju je," Fika merengek
manja.
" Perbuatan tu tetap berdosa! Fika tak takut Allah?" suara Umar meninggi.
Setinggi suaranya mengeluarkan arahan sebagai Ketua Pengawas di Sekolah
Taman Islam dulu. Dia tidak mahu tertewas lagi.
" Abang marah Fika? Fika dah tekad, Fika nak bunuh diri!" Fika terus
bertindak melompat ke dalam sungai Ulu Yam dan mula terkapai-kapai meminta
tolong. Umar panik. Tanpa berfikir panjang, dia terus terjun untuk
menyelamatkan Fika. Fika memeluk erat tengkuk Umar sambil ketawa
berdekah-dekah.
" Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha.. Hari tu abang kata Fika bodoh sebab nak
bunuh diri. Tengok hari ni, abang pun bodoh jugak sebab percaya Fika lemas.
Sungai Ulu Yam ni ceteklah, bang. Mana boleh lemas!".
Umar tertipu. Dia bertekad untuk bertindak tegas dengan gadis itu kali ini.
Dia cubamelepaskan dirinya daripada pelukan Fika.
"Biar abang rasakan hangatnya cinta Fika. Fika takkan lepaskan abang kali
ni. Tak de lelaki yang pernah menang dengan pelukan Nur Syafika. Ha ha ha
ha ha haâ" pelukan Fika semakin erat. Mereka bergelut di dalam air.
" Fika, jangan paksa abang berkasar dengan perempuan," Umar memberi amaran.
" Abang, jangan tipu diri sendiri. Dengar suara hati..abang bahagia dipeluk
Fika macam ni, kan?! Ha ha ha ha ha". Umar hilang kawalan. Dia geram lalu
menampar pipi Fika sekuat hati. Tenaga lelakinya membuatkan mulut Fika
berdarah. Fika terkesima, terdiam dari tawanya. Umar segera mencari
daratan.
"Mulai saat ni, aku tak nak lagi kau ada dalam hidup aku. Syaitan!" Umar
mampu berkata 'tidak' kepada nafsunya kali ini.
"Abang.."Fika menangis teresak-esak. Fika berlari dari dalam air lantas
mengejar Umar. Pakaiannya yang agak ketat semakin melekat di badan kerana
basah kuyup. Tergoda iman lelaki.
Fika berjaya mendapatkan Umar lalu dipeluknya kaki Umar seerat mungkin.
Badannya direbahkan ke tanah. Umar tidak dapat meneruskan langkah. Dia
tidak sampai hati menolak Fika dengan kakinya. Di tambah pula dengan
tangisan Fika berjaya melembutkan hatinya daripada berkasar lagi. Dia
menyesal kerana mencederakan gadis itu. Aksi itu menjadi tarikan
pelawat-pelawat yang lain. Fika tidak menghiraukan mata-mata yang asyik
memerhati. Dia masih menangis dan terus memujuk rayu.
" Fika, abang minta maaf kerana tampar Fika. Abang tak patut buat macam
tu!" Umar melembutkan suara.
" Abang, Fika tak kisah semua tu. Kalau abang nak bunuh Fika sekalipun,
Fika akan menyerah diri. Fika cuma sayangkan abang. Abang, dengarlah suara
hati Fika ni, Fika cintakan abang.." tangisan Fika terus berlagu hiba.
(Ahh, aku kena kuat untuk berkata 'tidak'.)
" Fika, bangunlah..." Fika akur dengan suruhan Umar. Hatinya menyangka Umar
telah termakan pujukan.
" Fika, dengar sini..abang terpaksa buat dua pilihan antara cinta Fika dan
cinta Allah. Abang memilih cinta Allah! Abang harap, abang akan bebas dari
bayangan Fika. Abang tak nak jumpa Fika lagi. Cukuplah dengan dosa-dosa
kita selama ni. Pesan abang yang terakhir, ingatlah...cinta Allah takkan
mengecewakan!" Umar berlalu meninggalkan Fika.
Tangisan Fika semakin teresak-esak kedengaran.
" Bang Umar, sampai hati abang! Fika tetap sayangkan abang sampai
bila-bila" laungan Fika tersekat-sekat dalam esak tangisnya. Umar memejam
mata seketika. Hati Umar sangat simpati terhadap Fika.
(Ah, tidak! Tidak! Tidak!) nafsunya dibantah tegas. Kakinya laju melangkah
tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.
" Abang, Fika perlukan abang. Fika cintakan abang..." Fika menjerit tak
keruan. Bagaikan orang gila lagaknya. Tiba-tiba langkah Umar terhenti.
Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Kakinya melangkah kembali kepada
Fika. Adakah Umar kantewas lagi?
Fika tersedu-sedan melihat Umar berpatah balik menuju ke arahnya. Bibirnya
cubamencipta senyuman. Air mata yang laju membanjiri pipi cubaditahan.
"Abang, Fika tahu abang kankembali pada Fika. Cinta kita cinta sejati.."
Fika tak nak kehilangan abang lagi." Fika terharu. Tangannya dibuka untuk
menyambut kepulangan Umar ke sisinya.
" Abang...baliklah pada Fika. Fika cintakan abang!" lidahnya terus merayu.
Langkah Umar semakin menghampirinya. Fika memejamkan mata dan tanganya
masih terbuka supaya Umar boleh masuk ke dalam dakapannya.
" Fika, buku-buku ni untuk Fika! Selepas ni, abang langsung tak mengenali
Fika yang buruk perangainya seperti ini. Abang harap Fika boleh berubah
menjadi Nur Syafika yang baru. Carilah cinta Allah...di situlah Fika
kantemui cinta sejati yang Fika cari-cari selama ini.." selepas itu langkah
Umar tidak terhenti lagi.
"Arghhhhhhhhhhh. Abang..Fika cintakan abang!" Fika menjerit sekuat hati.
Dilemparkan semua buku-buku pemberian Umar ke dalam sungai. Umar tidak
menghiraukan.
(Langkahku kali ini langkah Mujahid, pantang berundur! Ya Allah, terima
kasih kerana memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang pernah Kau berikan
kepada Yusof menghadapi Zulaikha. Aku memang hajat pada tarbiyyah
berterusan untuk terus mendapat kekuatan. Dunia ini terlalu dusta dan
menggoda, hanya jalan tarbiyyah boleh menyelamatkan aku dari murka-Mu. Ya
Allah, aku takut mengahdapi ujian hari esok. Tolonglah berikanku kekuatan,
aku tidak mahu tewas lagi. Aku berjanji takkan cubameninggalkan jalan
tarbiyyah dan da'wah ini seperti dulu. Cukuplah sekali aku pernah tertipu
dek nafsu. Akan kuperangi suara nafsu habis-habisan sebagai seorang mujahid
laksana garangnya Umar di medanperang. Akulah Umar Al-Mujahid!)
" Umar, Dr. Sal kirim suratkat nta," Banna menghulurkan sepucuk surat.
Selepas itu dia masuk ke compartment Fathil dan rancak berbual-bual.
Persahabatan Banna dan Fathil makin erat terjalin saban hari. Umar
mengkeriukkan dahi. Keningnya diangkat. Dia membuka lipatan suratitu dengan
berhati-hati.
(Apasal pulak Dr. Sal tulis suratkat aku?)
KEBABASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU
Kau maukan seseorang
Memenuhi hatimu
Kerana kini kau bebas tidak seperti dulu
Dulu kau disekat dijaga
Maka kau pun boleh jaga juga
Tetapi kini kau bebas
Tak boleh jaga nampaknya
Satu demi satu tersungkur
Atau sekurang-kurangnya tumbang
Atau sekurang-kurangnya kecundang
Tidak ramai yang boleh jaga
Cinta bermaharajalela
Tiada tujuhala
Ingatlah kau dari sekolah mana
Sbt sbh mempunyai harapan yang tinggi
Kami mempunyai impian
Yang kami mahukan kamu semua memahaminya
Kami mahukan anak-anak semua
Meneruskan kegigihan kami
Menegakkan kalimah itu
Jangnlah leka nak
Janganlah kau ikutkan nafsu nak
Kau belum tahu penanganan dunia ini
Bukankah kau selalu mendengar nasihat di sekolah itu
Telah lupakah kau?
Semuanya?
Kanbelum lama kau keluardarinya
Di merata tempat
Disana sini
Ramai wakil-wakil kami
Yang ingin membantumu
Apakah responmu semua?
Positivekah?
Atau kau yang mengelak?
Hati Mama luka
Jika kau tidak memikirkan DIA
Dalam melayani nafsu muda yang menggila
Mama lakukan yang terbaik
Kerana mencari kerethoan NYA
Anak-anak Mama tentu lebih faham dari Mama
Kerana Mama tidak belajar di sekolah itu
Anak-anak Mama sayang
Letaklah DIA dalam hatimu
Penuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYA
Bukan cinta kepada dia yang sementara
Yang digelar infatuations
Tidak bermakna
Cinta kepada dia
Jika membelakangkan DIA
Mama Sal...
Umar menelan liur. Sajak itu tembus menusuk kalbu.
"Terima kasih Mama..." hatinya mesra dengan panggilan itu buat seorang
mas'ulah yang amat dikagumi. Umar menatap lagi sajak itu. Kemudian dia
melipat helaian itu dan dimasukkan ke dalam sampul.
"Eh, masih ada tulisan lain?" dia mendapati di dalam sampul itu masih
terselit satu lipatan kertas.
Umar membuka lipatan itu. Hatinya berdegup kencang...
Assalamualaikum?
Akhi Umar Al-Mujahid yang ana hormati,
Ana harap suratana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga, setiap
patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan.
Baru-baru ini, ana didatangi seorang gadis bernama Nur Syafika selepas
selesai kuliyah Dr. Azmin. Dia mendakwa ana telah merampas nta daripadanya.
Ana keliru denagn kenyataanya dan ana yakin nta pun akan turut keliru.
Hanya Allah dan kita berdua yang tahu hakikat sebenarnya kita tak pernah
bercinta.
Jiwa ana dapat merasakan bahawa gadis itu terlalu mendalam cintanya kepada
nta. Ana takkan sesekali menghalang jika dialah pilihan terbaik untuk nta.
Namun, menyedari bahawa kita masing-masing mempunyai misi baitul da'wah
yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana mendoakan nta dimiliki oleh seorang
sohibah yang faham tarbiyyah.
Justeru, ketahuilah?
Ana menghargai kehadiran risikan nta dalam hidup ana. Ana tak sangka diri
ana mempunyai tempat di hati nta. Entahlah samada tempat ana itu telah
sedia dipenuhi yang lain atau tidak. Bagi pihak ana, dari dulu sampai
sekarang, keyakinan ana kepada agama nta tak pernah berubah. Maafkan ana
kerana terlalu lama membiarkan nta dalam penantian. Ana takut pada maksiat
hati yang bakal mendatang andai terlalu cepat memberi jawapan. Kini, ana
telah bersedia. Ana sedia dipetik?.
ASIAH YUSRO.
Umar membaca suratitu berulang kali. Dia bagaikan tidak percaya. Setelah
bertahun-tahun lamanya, baru sekarang Asiah Yusro memberi jawapan untuk
risikannya. Selama ini, Asiah Yusro benar-benar membuatkan dirinya terseksa
dibebani beribu persoalan dan penantian. Sehinggalah baru sekarang
penantiannya berakhir. Dalam menanti jawapan itu, dia pernah tersungkur di
pintu cinta Nur Syafika. Nur Syafika menjadi penawar untuk mengubat beban
penantiannya. Namun, cinta Fika mencampakkannya jauh dari hidayah Allah.
Jiwanya sering diburu bisikan-bisikan iman yang masih berbaki. Bisikan itu
merupakan kesan daripada tarbiyyah yang pernah dilalui di Taman Islam.
Suara iman itulah yang menyelamatkannya daripada terus kehilangan hidayah
Allah.
(Ya Allah! Cinta-Mu tak mengecewakan? Kau terlalu Maha Penyayang. Aku
yakin, kehadiran cinta Asiah Yusro adalah tanda hadirnya cinta-Mu. Aku
hamba yang derhaka namun Kau tak putus-putus memberikan rahmat-Mu. Ya
Allah, layakkah aku yang penuh dosa ini untuk insan semulia Asiah Yusro?
Sedangkan Hanif merasakan dirinya tidak layak, inikan pula diriku? Asiah
Yusro, kau bintang agama sedangkan aku, lumpur yang hina. Aku masih
merangkak mencari kemulian seperti mana yang kau raih di sisi-Nya. Hatiku
milik siapa?Ya Allah, hatiku milik-Mu!)
''Bang Fathil, Fika nak tanya sikit?'' Fika berjaya mencari nombor baru
handset Fathil setelah puas mencuba pelbagai cara. Akhirnya, dia
mendapatkannya setelah memujuk Joe.
''Kau nak tanya apa lagi Fika? Kita dah tak de apa-apa?'' keluh Fathil.
''Abang masih sayangkan Fika?''Fika cubamemujuk Fathil.
''Aku tak berminat dengan perempuan murahan. Kau ingat aku tak tahu kau
pernah puaskan nafsu kau dengan berpuluh lelaki? Aku menyesal kerana
libatkan kawan aku sendiri menjadi mangsa kau,'' Fathil bertegas. Ketika
itu, Umar masuk ke compartment Fathil sambil membawa sebuah majalah Haluan.
Apabila melihat teman sebiliknya itu sedang bercakap melalui telefon, dia
keluar dan kembali masuk ke compartmentnya.
''Abang, itu dulu. Fika dah berubah. Bagilah Fika peluang. Fika dah kecewa
dengan cinta Umar sebab jiwa Fika tetap rindukan abang. Bang Fathil tetap
satu-satunya lelaki di hati Fika,'' madah berhelah Fika cukup beracun.
''Sudahlah Fika. Aku dah cukup muak dengar tu semua. Aku tak nak lagi jadi
lelaki bodoh yang boleh terpedaya dengan kau. Perempuan murahan!'' Fathil
semakin matang.
''Woii, jaga skit mulut kau tu Fathil! Kau ingat kau tu mahal sangat? Aku
sebenarnya tak ingin pun dengan kau. Aku dah muak dengan perangai playboy
kau tu. Saje je nak test tadi?''. Fika pula yang mengenakan Fathil.
''Dah puas cakap? Adaapa-apa lagi?'' Fathil menyindir. Fika menarik nafas
panjang-panjang.
''Err, izinkanlah Fika tanya sesuatu?'' suara Fika kembali dilunakkan.
''Fika janji ini soalan Fika yang terakhir, Fika takkan ganggu kau err
abang lagi lepas ni,'' .Fathil terfikir seketika.
''Boleh percaya ke dengan janji kau!''
''Sumpah, bang. Ni soalan terakhir Fika!''
''Apa dia?''
''Err, boleh Fika tahu serba sedikit tentang lelaki yang duduk sebelah
abang malam tu. Alah, malam kuliyah Dr. Azmin tu?'' Fika ingin mencuba
mangsa barunya. Fathil ketawa menyindir.
''Fika, aku nasihatkan kau bertaubatlah?.kau tak bosan hidup jadi playgirl
ke? Aku dah bosan jadi playboy?tak de faedahnya!'' Fathil sudah pandai
memberi nasihat.
''Eh, siapa kau nak ajar-ajar aku? Mak bapak aku pun tak ajar, kau memandai
pulak suruh orang bertaubat?''. Fathil mengakhiri perbualan dengan
tiba-tiba. Malas dilayannya lagi gadis itu. Dia masuk ke compartment Umar.
Dia tahu Umar masuk ke biliknya tadi untuk mengajak berbual. Fathil
menceritakan gelagat Fika yang merimaskannya. Umar cuma mendengar tanpa
menyampuk. Kemudian, Umar menyerahkan majalah Haluan kepada Fathil.
''Tadi kat café, aku jumpa Banna. Dia kata nak datang sebab nak hadiahkan
kau buku ni, tapi tiba-tiba dia ada urusan lain pulak. Dia kirim kat aku je
lah,''
''Majalah apa ni? Tak pernah pun aku dengar?''
''Ini majalah kegemaran Banna. Isinya boleh membantu membina peribadi
Muslim,''
''Patutlah Banna baik. Aku memang tak pernah jumpa orang baik macam dia,''
''Habis tu, aku ni tak baik?'' Umar mengacah.
''Kau? Masa mula-mula aku kenal kau, aku ingat kau waro' tapi rupa-rupanya
gila-gila macam aku jugak. Sekarang ni, aku tengok kau jadi waro' balik.
Aku pun tak faham dengan kau,'' Umar tersenyum. Fathil yang dikenalinya
dulu juga banyak perubahan sejak dia intim dengan Banna. Memang benar,
seorang kawan terlalu mempengaruhi hidup seseorang. Sebab itulah Rasulullah
menyuruh berhati-hati memilih kawan.
''Oh, ya. Banna juga kirimkan kad jemputan kahwin ni,''. Fathil mencapai
kad wangi yang diserahkan oleh Banna. Dia mendengus. Umar faham perasaan
Fathil ketika itu lalu mengalih topik perbualan.
''Fathil, cubakau tengok sajak kat cover belakang majalah tu. Aku
sukalah?''. Fathil lantas membelek.
Puas sudah,
Kucari kebahagian,
Di sisi teman-teman,
Kudapat hanya kelalaian,
Ku cari lagi,
Di hati seorang kekasih,
Kudapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan?
Oh, di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman
Khazinatul Asrar, TamanIslam.
''Umar, aku pun suka?'' Fathil berkeringsing. Kali pertama dalam hidupnya
menyukai sajak. Sebelum ini, baginya, sajak terlalu puitis, sesuai untuk
jiwa perempuan sahaja.
''Nti dah sedia menerima rombongan meminang minggu depan?'' Asiah tertunduk
malu dengan soalan Dr. Sal. Wajah solehah seorang mas'ulah di depannya tak
berani direnung.
''Insyallah!'' Ringkas jawapan Asiah Yusro.
''Ana dengar, sebulan bertunang nti akan terus kahwin. Umi nti yang cakap.
Baguslah tu! Bertunang lama-lama pun banyak mudhoratnya,''
'' Dr. Sal, janganlah sentuh hal ni lagi. Ana malu. Dengan umi pun ana malu
nak bualkan hal ni. Biarlah hal ni menjadi hal orang tua. Ana pasrah
saja?'' pipinya menjadi kemerah-merahan.
Tepat seperti hari yang dijanjikan, Asiah Yusro kelihatan berseri-seri
mengenakan baju pertunangan serba pink. Tudung labuh kain satin dengan
jubah potongan moden menjadi pilihan umi. Nampak ringkas tapi tetap
menawan. Terserlah gayaanggun seorang muslimah di hari bahagia. Menutup
aurat dengan sempurna pun masih nampak jelita.Pakaian Islam tak pernah
lapuk menyusuri zaman.
Hati Asiah Yusro kian dilanda debaran. Sanak-saudara dan jiran-jiran
terdekat sudah siap sedia menyambut ketibaan.
(Ramai sangat tetamu yang umi jemput padahal ni majlis tunang je. Tak pe
lah, apa salahnya meraikan semua jiran dan sanak-saudara)
Tidak lama kemudian, tujuh buah kereta tiba di perkarangan rumah Asiah
Yusro. Rombongan lelaki itu disambut dengan solawat. Debaran makin
bertambah apabila umi dan kakak mula memimpinnya keluar daripada bilik.
Ruang dalam rumahnya sudah dipenuhi rombongan lelaki.
Asiah Yusro mengangkat wajah mencari Maziah. Maziah memberitahu bahawa dia
akan datang bersama rombongan lelaki. Tatkala itu, dia bertembung mata
dengan Umar Al-Mujahid yang duduk di tepi Hassan Al-Banna dan Dr. Azmin.
Fathil pun ada sekali. Cepat-cepat dielakkan pandangannya.
(Astargfirullah. Aku dan dia tak kahwin lagi, mana boleh main-main mata.
Mungkin dia pun tak sengaja. Astargfirullah)
(Hah, itu pun Maziah disisi Hanif. Wah, makin ceria lepas balik berbulan
madu di Mekkah. Tak sangka dia mendahului abangnya. Fathil tentu pasrah?)
Asiah Yusro gembira dapat melihat temannya di celah rombongan lelaki.
Inilah kali pertama dia bersua muka selepas Maziah berumah tangga.
Sejurus kemudian, wakil keluarga Banna tampil menyuarakan hasrat menyunting
mawar di taman larangan. Suasana ceria ketika itu. Namun, Asiah Yusro
terkejut besar.
(Kenapa ayah Maziah yang melamar, kenapa bukan ayah Umar Al-Mujahid?) Baru
sekarang dia tahu bahawa rombongan meminang itu adalah daripada keluarga
Banna bukan Umar seperti sangkaannya. Air matanya menitis tanpa disedari.
(Umar, sekian lama kutepis rindu ini. Kunantikan syariat menghalalkan untuk
kuluahkan segala kerinduan. Hatiku milikmu, Umar!) Hatinya pedih merintih.
Dia cubamengumpul segenap ketabahan namun tidak terdaya. Air matanya terus
membanjiri pipi. Asiah Yusro sudah jatuh cinta. Cinta yang kudus
terpelihara untuk Umar rupanya bukan milik Umar. Sukar untuknya menelan
pahitnya realiti. Air matanya meluahkan segala?
''Bagi pihak kami, insyaallah tiada halangan. Tapi, kena tanya juga empunya
diri,'' suara ayah Asiah Yusro kedengaran bersulam keceriaan. Semua mata
beralih fokus kepada Asiah Yusro. Senyuman yang tadinya ceria sudah pudar
di wajah itu. Air mata Asiah Yusro memberi jawapan. Namun mempunyai dua
tafsiran di minda tetamu, sedih atau terharu. Wajahnya diangkat dan
memandang Umar Al-Mujahid seketika. Adasinar pengharapan di matanya.
Kemudian dia menunduk lagi, melayan murahnya tangisan. Hati Umar terusik,
jiwanya bergetar.
(Tidak!Tidak!Tidak! Aku mesti ada kemampuan berkata tidak! Maafkan aku
Asiah Yusro. Aku memang tak layak untukmu. Kau memang bertuah kerana bakal
dimiliki oleh Banna, lelaki soleh yang kukagumi. Pilihan Allah Maha Adil
untukmu. Banna 1000 kali jauh lebih baik dariku)
''Perempuan ni, bila diam tanda setuju, bila menangis tanda terharu. Tapi,
berkatalah walau sepatah samada suka atau tidak,'' mudah ayah Asiah Yusro
mencipta pepatah. Hati umi Asiah Yusro pula dirundum resah melihat keadaan
puterinya. Jiwa seorang ibu lebih memahami emosi anaknya. Itu teori
psikologi yang banyak dibuktikan oleh realiti.
(Takkan tangisan terharu sampai cam ni sekali. Ish, pelik!)
''Kalau malu, bolehlah berbisik kepada umi. Setuju ke tidak?'' ayahnya
bertanya lagi. Dia berusaha mengekalkan keceriaan suasana. Namun, tangisan
Asiah Yusro mula berlagu hiba bila soalan itu ditanya lagi. Semua tetamu
kehairanan. Ayah Asiah Yusro juga baru dapat menduga kelainan anaknya.
Sebelum ini, bila ditanya soal perkahwinan, anaknya itu sering mengelak dan
menjawab ringkas,
''Yusro pasrah je. Tak kira lah siapa yang masuk dulu?''
Asiah Yusro sedar dia mencipta persoalan. Persoalan yang menyebabkan semua
orang keliru. Persoalan yang pernah menyiksa hidup Umar suatu ketika dulu.
Sebaknya cubaditahan. Dia tak berdaya lagi menahan sedu-sedan, irama sebuah
tangisan. Dia tak tahu apa yang harus dilakukan dalam situasi begitu.
Baginya, ini soal hidup dan mati, rumahtangga yang bakal dibina bukan
barang mainan.Dia bingkas, melangkah sopan masuk ke biliknya. Suasana
bagaikan dipukau seketika. Suspen sekali?
" Err, mungkin saya kena betulkan kata-kata tadi, perempuan bila diam, kita
masih tak tahu, bila menangis, mungkin tanda tak setuju?'' sempat ayah
Asiah Yusro berlawak. Tetamu di sekitarnya ketawa kecil. Pandai dia
menghidupkan suasana. Banna memandang Umar penuh tanda tanya.
''Umar, dia pandang nta tadi.Mungkin hatinya untuk nta. Kalau antum berdua
sudah suka sama suka, ana rela gantikan nta di tempat ana. Ana takkan
menyesal, malah ana akan bangga dapat menyatukan dua hati yang bercinta
kerana Allah,'' Hassan Al-Banna cekap mentafsir suasana. Umar terdiam.
(Ah, baiknya kau Banna!)
Sementara Asiah Yusro cubamelawan perasaan sedaya upaya. Air matanya tumpah
juga, tak henti-henti. Dia perlukan ketenangan. Penawarnya ada di sisi.
Al-Quran tafsif dibukanya dengan memejam mata. Mata yang makin sarat dengan
tangisan. Air mata itu terus menitis laju membasahi satu ayat di dalam
al-Quran. Asiah Yusro mengesat air matanya yang menodai lembaran suci
al-Quran. Baris ayat yang basah itu memikatnya. Dia membaca ayat itu
berulang kali sambil diperhati oleh umi yang berada di sisi, menemani.
(Masyallah. Indahnya ayat 216, Surah Al-Baqoroh ini. Kurasakan seolah-olah
Allah sedang berinteraksi denganku. Mungkin, inilah keajaiban al-Quran.
Terima- kasih Tuhanku, Kau hadir saat aku memerlukan.Ku pasrah pada
ketentuan-Mu. Dengan cinta-Mu, Kau akan beri yang terbaik untukku. Aku
yakin dengan-Mu Tuhan. Hatiku milik-Mu) Resah di hati Asiah Yusro terubat
sudah. Allahlah teman yang menghiburkannya.
Umi keluar dengan wajah ceria. Hampir sejam tetamu menanti. Masing-masing
masih tercengang, tertanya-tanya. Namun, tiada seorang pun yang bangun
mengundur diri. Semuanya bagaikan sabar menanti bagaimana episod itu akan
berakhir. Sebentar kemudian, Asiah Yusro keluar dengan wajah yang tenang.
Tangannya mendakap al-Quran. Tiada air mata lagi bersisa di kelopak mata.
''Yusro, kalau tak setuju, katakan tidak. Abi dan ummi takkan sesekali
memaksa,'' Ayahnya cubamendalami perasaan puteri tercinta. Asiah Yusro
tidak memberi sebarang jawapan. Dia sedang mengumpul kekuatan untuk
berbicara.
Tiba-tiba Banna memecahkan kesunyian.
''Maafkan saya. Mungkin kita boleh lupakan rombongan pinangan yang tadi.
Anggaplah saya datang sebagai rombongan kedua untuk menyunting si mawar
berduri yang mekar di Taman Islam rumah ini buat Umar Al-Mujahid,''. Berani
Banna menyusun bicara. Umar sendiri terkejut dengan tindakannya.
''Bagaimana di pihak perempuan?'' ayah Asiah Yusro memandang anaknya sarat
harapan. Moga-moga, lamaran kedua ada jawapannya.
''A'uzubillahi mina syaitonirrojim. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui,''
Asiah Yusro membacakan kembali tafsiran ayat 216, Suroh Al-Baqoroh. Allah
telah memberikannya jawapan.
''Abi, Yusro terima lamaran Hassan Al-Banna,'' jawabnya. Namun, jawapan itu
masih sarat tandatanya.
'' Pinangan pertama untuk Hassan Al-Banna. Pinangan kedua, dari Hassan
Al-Banna untuk Umar A-Mujahid. Yang mana satu maksud diberi?''ayahnya minta
kepastian. Asiah Yusro terdiam lagi. Beratnya menjawab soalan itu. Oh,
Tuhan! Dia menatap sekali lagi ayat 216. Jiwanya nekad membuat pilihan.
''Hati saya rasa, Allah ingin jodohkan saya dengan Hassan Al-Banna?'' Asiah
Yusro tertunduk malu selepas membuat pengakuan itu. Berakhirlah sebuah
episod tanda tanya?
''Alhamdulillah..'' suasana ceria kembali. Majlis pertunangan kembali
berjalan lancar. Kata-kata Asiah Yusro sangat berbekas di hati Umar.
Biarlah ia meninggalkan parut kenangan buat selamanya.
(Pergilah?pergilah cinta Asiah Yusro! Aku tak perlukan cintamu. Ya Allah,
hanya Kau yang kudambakan bukan sesiapa di kalangan makhluk-Mu. Hatiku
hanya milik-Mu) Umar memujuk hatinya agar tenang menerima suratan. Luka
lamanya membengkak kembali. Dia cubamenyembunyikan segala kepedihan dan
kekecewaan di hati. Cinta Fika sesekali melambai datang, ditepisnya sejauh
mungkin. Cinta Asiah Yusro yang menjadi idaman, hadir ketika dirinya
teraba-raba mencari jalan pulang.
(Cukuplah selama ini aku telah banyak menzalimi diri sendiri. Asiah Yusro
tak patut dimiliki orang sepertiku. Potensi da'wahnya akan terhalang! Demi
Islam, kuredho kau bukan milikku. Ku sedar, sekalipun kita tidak berada di
atas penyatuan cinta namun kita tetap berada di atas penyatuan cita-cita.
Ya, kita takkan selamanya rebah dalam kemelut rasa. Kita akan sama-sama
bangkit kembali memikul beban tarbiyyah dan da'wah yang sarat perjuangan
ini).
'Umar, sohibah tu lah yang dipaksa kahwin oleh keluarganya. Kasihan dia.
Usianya dah menjangkau lebih 30 tahun. Ibubapa mana yang tidak risau?'' Dr.
Azmin mematikan lamunan Umar. Tangannya menunjuk kepada seorang sahibah.
Mata Umar melirik kepada arah yang ditunjukkan. Seorang sahibah berwajah
gelap dengan pipinya dipenuhi parut-parut bekas jerawat, sopan bersimpuh di
satu penjuru. Tudung labuh dan jubahnya tetap memikat kalbu daripada
kacamata iman seseorang.
''Dia wanita yang ditarbiyyah, wanita mulia! Layakkah dia untuk ana?'' Umar
berbisik kepada Dr,Azmin.
''Umar, selamatkanlah dia?.'' Balas Dr. Azmin menyebabkan Umar tersenyum,
senyuman yang tersirat makna.
''Err, saya pun boleh jadi hero penyelamatnya,'' terjulur kepala Fathil
yang tiba-tiba muncul di celah Dr. Azmin dan Banna. Mereka tersenyum ceria.
(Fathil tak pandang kecantikan lagi ke? Mungkin imannya dah boleh
berbicara)
Umar Al-Mujahid takjub dengan kuasa iman. Iman mengubah hati insan,
menjadikan pemikiran seseorang tunduk pada kebenaran. Jalan tarbiyyah dan
da'wah ini lah yang banyak memberi bekalan iman.
(Cinta tarbiyyah da'wah,hatiku milikmu!)
-Tamat-