Long journey... omputih kata... sudah lama tidak di sentuh blog ni... terlalu sebuk atau terlalu malas... kedua-duanya ada... pelbagai kisah yang terjadi sepanjang awal tahun 2010 ni hingga tgh tahun... dari kisah world cupnye, kisah kenduri kawinnye, kisah kembara mahkota johornye, macam macam lagi.. yang suka dan yang duka.. kedua2 pasti akan kita lalui baru seimbang hidup kita... jika kita tak lalui kisah duka pasti kisah suka kita tak gembira... takkan ada org gembira dan berhati senang selalu di dunia ni.. takkan ada org yg sedih, akan sedih selamanya.. semua ini da diungkapkan oleh ramai org2 seni kita...
Kisah sedih yang telah dilalui pada bulan 6 ni bukan satu sahaja tapi dua.. semuanya adalah sebagai iktibar dan peringatan.. peringatan kepada kita bagaimana hendak kita manfaatkan hidup kita. ramai yang masih terleka, ramai yang masih 'tidur' dibuai nikmat dunia... 1:4 antara melayu:bukan melayu telah mendaftarkan diri untuk memilih kerajaan malaysia yang mereka cintai.. inilah buktinya masih ada ramai lagi org melayu yang masih tidur dibuai dengan nikmat dunia... tak fikir lansung masa depan dan depaaannn lagi..(akhirat), ketika zaman nabi pun sudah diingatkan bahawa antara zaman aku dengan hari akhirat jauhnya seperti ini.(sambil membuka ibu jari dan jari telunjuk. banyak tanda2 kiamat sudah dijelmakan... kalam2 tuhan itu benar... dunia adalah tempat sementara... tiada apa yang kekal didunia... tiada yang yang boleh dibawa mati melainkan dalam sabda nabi hanya tiga perkara.... ilmu yang manfaat, anak soleh/solehah, harta yang disedekahkan. lalu apa yang dikejarkan oleh manusia di muka bumi.
Kita ibarat hidup di dunia seperti sedang menyiapkan 'rumah' mana pintunya, mana tingkapnya, mana dapurnya, mana tempat rehatnya... jika kita seperti main2 saja, bagaimana kita boleh mendapat rumah yang cantik di hari akhirat kelak. ada rumah yang ada aircond, ada rumah ayng ada taman, ada kebun, ada astro? dan macam2 lagi tapi mengikut apa yang dituai dibumi.. nak rumah besar ada caranya, nk rumah luar, nak rumah sejuk, rumah yang ada banyak hidangan, yang ada banyak pelayan semua mempunya caranya.. cuma kita yang perlu mencarinya.
Ramai org kata( org melayu la) 'ala, tuhan tahu apa yang kita buat' dilihat sebagai org yang tidak mahu berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah... apa maksud kenal, apa maksud tahu... lebih baik dikenali dari tahu sahaja oleh Allah... kalau dikenali pasti dicintai, kalau sedakar tahu.. apek kat sepi jalan pun Allah tahu... contohnya la, seorang anak yang telah pergi belajar di tengah ibu kota berjanji mahu balik satu hari sebelum hari raya, tapi menjelang petang kelibatnya tidak kelihatan. ibu yang menanti kian resah gelisah... mundar mandik dari dapur ke beranda. hingga tidak sedar air mata jatuh berlinangan.. kerana ia mengenali siapa anaknya ini, bagaimana keadaannya, kenapa lambat... berbanding dengan jirannya, tahu juga dia akan balik hari ini, tapi tidak merasa apa2.."ala, si mat tu...kejap lagi balik la...'' itu sahaja yang terpacul dari mulutnya... begitula hendak dijelaskan antara kenal dan tahu... kita pun begitu.. tanggungjawab kita harus kenal Allah. matlamat kita ingin mencapai mardhatillah,keredhaan Allah... seperti kenalnya kita kepada harimau apabila dimaklumkan bahawa ada harimau terlepas di dalam kawasan kita, adakah kita sanggup keluar melihat harimau itu?...
Lalu apa yang harus dilakukan oleh kita didunia ini... kita hanya musafir lalu, kita ada tempat yang ingin dituju. itulah harapan kita, itulah cita2 kita. iaitu mendapat redha dan syurganya.. disitu lah pit stop yang sebetul2nya untuk kita. harapan apa yang kita pinta ini?... jika kita tidak melakukan apa yang diperintahkan. tidak malukah kita ingin meminta2 dari org yang memberikan kita segala2nya tanpa ada bayaran sedikitpun... lalu bagaimana kita memanfaatkan nikmat yang diberi ini... celakalah org yang hari ini lebih buruk amalannya dari hari semalam.
mari sama-sama kita bermuhasabah diri kita, untuk mendapat redhaNya... ketahuilah sesungguhnya Allah tidak pernah mengambil manfaat apa-apa dari apa yang kita lakukan, tidak pula akan terkesan jika kita tidak menyembahNya... malah kita yang akan rugi kerana mensia-siakan impian dan harapan kita untuk menikmati nikmat yang kekal abadi.
Kemesraan Ukhuwah
7 years ago