kelahiran bagiku istimewa,
ku bersyukur padamu... bonda....
dipetik dari lagu adi putra... sesungguhnya anak itu adalah anugerah Allah, alhamdulillah hari ahad yang baru berlalu , isteriku telah melahirkan anak kedua yang begitu comel, like her sis la, tp lebih putih ,bibirnye tu merah-merah sangat, matanya lebih panjang n sepet. semestinya, sebab keturunan la tu. pastu lebih besar lagi sizenya.
hanan muyassarah lahir pada pukul 7:25 mlm, yang baby kedua ni lahir 7:35mlm. tp lebih berat dari kakaknya 3.2 kilo.. wow, bagi isteriku nur khairunnisa, syukur alhamdulillah kerana telah selamat dan menyelamatkan baby, dua-dua selamat semasa proses kelahiran ini. babynye besar sikit dari hanan, mase mengandung pun, perutnya lebih besar, sampai isteriku kata baby mcm tak cukup tempat stay dlm perut die. memang pagi tu sebelum solat subuh isteriku 'bilang' ada keluar lendir darah. so lepas pg sarapan terus ke hospital sultan ismail, kenapa tak ke sultanah aminah? sebab kat hosp sultan ismail yang dikenali HSI, lebih tenang dan selesa. HSA atau sultanah aminah mcm padat sangat dan 'zahmah' kate orang mesir. so thanks pada stafnurse HSI kerana begitu sopan dan caring semasa isteriku tinggal disana.
Tuesday, January 6, 2009
Kelahiran
Diconteng oleh Abud dekat-dekat jam 4:06 AM 0 orang pesan
bawah tajuk Ceritanya
Saturday, November 15, 2008
Aku De Penghujung Benua Asia
12 hingga 14 Nov lepas, baru je berlangsung kursus penyediaan teks khutbah bagi tahun 2009 di resort tanjung piai, pontian. jadi kite ni yang ditugaskan untuk mewakili majlis agama islam negeri johor menyediakan teks bertajuk tentang asnaf, hem, kalau nk cerita pasal asnaf ni macam-macam ade, tapi tajuk yang diberi adalah pasal terbelanya asnaf di bumi johor ni.
alhamdulillah dengan tunjuk ajar core-core di jabatan agama islam johor ni, sempurnalah sudah teks khutbah yang dikehendaki. nk crite skit pasal tg piai ni, dah ramai ke yang tahu johor ada taman negara?... da pegi ke.. hem nk dibanggakan johor ni adalah antara negara yang dok kat penghujung benua asia, bila da pegi tg piai, baru lah kite tahu yang negara kite ni kat hujung benua rupenya, ingt benua amerika jauh, kene lintas benua afrika dulu baru masuk sane, rupe2nye sebelah kite je... ye la tengok atlas dunia benua kite kat hujung kiri dan benua amerika kat hujung kanan, dunia nikan sfera, da tentu la kite ni dok sebelah amarika. hehehe, taman negara tg piai, kalau kite pg pada hujung sejuk ngan hujung musim panas, kita saksikan penghijrahan burung-burung dari timur kebarat, mane burung2 ni singgah?... kt tg piai la.. peh memang cantik2... burung yang jarang ade kat malaysia pun ade gak.. hem
jadi sape2 pg johor tak pg ke tg piai, pontian, tak beertilah dia pg johor, selamat melawat negeri johor...
Diconteng oleh Abud dekat-dekat jam 8:13 PM 0 orang pesan
bawah tajuk Ceritanya
Saturday, November 8, 2008
Bulan Haji
Diconteng oleh Abud dekat-dekat jam 8:17 PM 0 orang pesan
bawah tajuk borak-borak












