Pada malam 15 syaaban, aku baru sahaja balik dari Liga Bola Sepak Jabatan Agama Islam Johor. Alhamdulillah menang dengan jaringan 5-1, Pasukan ku M3 ([b]Majlis [/b] Agama Islam Johor, Jabatan [b]Mufti [/b]dan Jabatan [b] Mahkamah [/b]) Syariah melawan Pejabat Agama Daerah Segamat. Malam itu juga aku mendapat khabaran bahawa akan berlaku gerhana bulan pada malam itu, memang rezeki nisfu syaaban untuk mereka-mereka yang dapat bermunajat pada malam tersebut. Alhamdulillah tepat Jam 2.45 pagi, Aku bersama zaujah dapat bangun untuk melihat keajaiban Allah itu. selepas menunaikan solat sunat, kami pun keluar untuk melihat pergerakan bulan dipagi hari itu, dengan bersumburkan laman web http://falak-online.net/myportal/ inilah aku dapat tahu bahawa gerhana akan penuh akan berlaku dalam jam 3.30 pg.
Menurut Kajian Falaq Oleh Jabatan Agama Johor ,
Dijangkakan Gerhana Bulan akan berlaku pada :-
•Tarikh : 17 Ogos 2008 M / 15 Syaaban 1429 H
•Masa : Bermula 3 : 40 pagi – 6 : 40 pagi
Alhamdulillah, dalam pukul 4pg, kelihatan cahaya bulan sedikit demi sedikit terlindung dengan bumi. Dengan mneggunakan teleskop yang tak seberapa canggih, dapat juga kulihat permukaan bulan itu ditutup sungguh indah bulan jika dilihat dari jarak dekat. tapi selalu jugalah aku kene adjust teleskop sebab pergerakan bulan begitu laju. dengan kira2 jangkaan bulan akan ditutup bumi akan berlaku pada pukul 4.45pg. beransur kedalam rumah untuk berehat sebentar.. tepat jam 4.45 ku lihat bulan telah menjadi separa sepetri anak bulan, kalau kita tak ada ilmu tentang falak memang kita ingat bahawa itu adalah anak bulan, kalau kita tidak tahu bahawa kalender hijrah tengah bulan, memang kita tidak sangka bahawa itu adalah gerhana bulan.
Pada 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai Nisfu Syaaban ada peristiwa yang berlaku di dalamnya, di mana buku amalan kita akan diangkat untuk dipersembahkan kepada Allah SWT dan digantikan dengan buku amalan yang baru. Oleh itu, kita digalakkan membaca Surah Yasin sebanyak - banyaknya dan paling kurang 3 kali pada malam itu dengan harapan segala amalan kita yang telah lalu diterima begitu juga segala amalan yang akan dicatatkan dalam buku amalan yang baru juga akan diterima oleh Allah SWT.
Mudah – mudahan kita akan dihindarkan dari golongan yang sentiasa dalam kerugian, kerana di antara tanda – tanda Hari Kiamat ialah kejadian Gerhana Matahari & Bulan.
Kemesraan Ukhuwah
7 years ago
0 orang pesan:
Post a Comment