Setiap Minggu akan ada hari penyiasatan status fakir miskin di setiap daerah dalam jajahan negeri johor. selama dua hari diperuntukan kepada pegawai2 penyiasatan untuk menyelesaikan tugas siasatan yang telah diberikan. sebanyak 10 pasukan bergerak dalam satu masa mencari fakir miskin yang telah mengisi borang di Majlis Agama Islam Negeri Johor. pada 11, 12 ogos lepas.. kami telah berkampung di daerah pontian. alhamdulillah, sepanjang penyiasatan warga fakir dan miskin setelah disiasat tidaklah ramai yang betul2 memegang status fakir, hanya miskin yang ramai tetapi tidak lah miskin tegar...
melihat keadaan ini, sukanya saya mengingatkan diri saya dan sahabat2, bahawa syukurilah hidup kita dengan apa yang ada... bagaimana untuk kita merasa nikmat syukur itu?.. bandingkan diri kita dengan orang di sekeliling kita, jangan dibandingkan dengan orang yang lebih kaya dengan kita, tapi bandingkan orang yang tidak mampu dari kita. mereka tidak punya wang untuk membiayai hidup mereka setiap hari, apa yang ada itu yang mereka rasa. sekadarnya mengkais2 mencari sesuap rezeki. tapi kita.. apa yang ada... itulah yang jarang disyukuri sebaliknya mencari yang yang belum di capai... maka dengan demikian nikmat syukur akan sentiasa kita rasa walhal kita cuma seorang ofis boy....
Kemesraan Ukhuwah
7 years ago
0 orang pesan:
Post a Comment