CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, September 14, 2008

Nisfu Ramadhan

Alhamdulillah...

setelah 14 hari kita berpuasa... sekejap je da sampai ke pertengahan bulan Ramadhan... hem.. terasa sedikit sangat amalan yang dapat dilakukan, terasa cepat sangat Ramadhan berlalu ingin meninggalkan kita, "Demi Masa, Sesungguhnya manusia sentiasa berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, dan beramal soleh, juga mereka yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran". Demi Ayat Allah ini... kita tidak sempat mengejar bulan Ramadhan ini. ia berlalu dengan cepat. beruntunglah pada mereka yang melihat setiap malam itu adalah malam lailatul qadar.... beruntung la mereka itu yang dapat menilai bulan ramadhan itu ibarat emas yang berada di hadapan mata.

semoga Ramadhan ini dapat kita kecapi dengan penuh rasa syukur dan rasa dengan kasih sayang Tuhan kepada hambanya, marilah kita sama-sama merasakan nikmatnya bagaimana Quran itu diturunkan kepada Rasul junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.a.w pada 17 Ramadhan ini, betapa sayunya pada malam itu, sergahan Jibril, kegigilan nabi, ketabahan Siti Khadijah dan penghayatan kita bagaimana?...

Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

dalam surah Al-alaq pula menceritakan rentetan perjalanan wahyu pertama yang diterima Nabi itulah yang patut kita renungi. dan dengan wahyu itu lah setiap bangsa akan dinaikkan martabat nya : Bacalah... bukankah itu ajaran nabi kita, bagaimana kita tidak mahu mengikuti ajaran ayng mudah itu.. di bulan Ramadhan ini, marilah kita menghayatinya dengan melantunkan kisah2 dan pengjaran yang terdapat di dalam kitab agung agama kita. Insya Allah... kita akan mendapat bahagiannya. Amin

0 orang pesan: