CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, May 14, 2009

Apa yang ada...

Sudah menjangkau 13 hari aku tiba di bumi anbia'i wal mursalin... Misr... Alhamdulillah, bayangan madah yang akan imtihan pada 28/5 dan 4/6 sudah kelihatan dan mudah difahami. Aku mula merasa enak belajar di bumi mesir ni... lagi-lagi di Mansurah, gelarannya Bandar Perubatan kerana terdapat University Perubatan yang terbesar di Mesir.

Niat sebelum aku melangkah kaki ku di Mesir, aku harus lulus dengan cemerlang kedua-dua madah yang di bawa dan aku mesti merasai kembali makanan-makanan yang amat di rindui di Mesir. Biarpun keadaan sekitar tidak sesempurna Malaysia, tetapi kenangan inilah yang boleh membuatkan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sini matang dalam kehidupan.

Sering kali kedengaran, pelajar Malaysia selalu 'sangkut' pelajarannya di Mesir. Hingga 6-10 tahun baru pulang ke Malaysia. Pengajian Ijazah Sarjana Muda di sini pun hanya mengambil 4 tahun sahaja. Tetapi orang tidak tahu bahawa, selalunya pelajar Malaysia bukanlah saja-saja mahu balik lewat ke Malaysia melainkan ingin menimba 'ilmu-ilmu' yang terlalu banyak di bumi Mesir ini. Ilmu pengajian di Universiti Al-Azhar memang dalam 4 tahun sudah boleh dihabiskan, tetapi adakah itu sudah mencukupi?, sudah tentu jawapannya tidak. Kerana ilmu-ilmu yang berada di mesir ini, sehingga 30 tahun pun belum tentu akan habisnya. Di bumi Mesir inilah yang menyaksikan ramai para Ulama'-ulama' Mu'tabar telah dilahirkan bukan kerana 4 tahun mereka berada disini, tetapi sekurang-kurangnya 10 tahun baru dikira berjaya untuk menguasai ilmu.

Seringkali kedengaran, Pelajar Al-Azhar jika pulang ke tanah air, mereka akan melawan kerajaan, dan tidak bersyukur kerana kerajaan telah membiayai pengajian mereka selama mana mereka di Mesir. Ternyata kenyataan ini begitu meleset, bukan niat pelajar Mesir ini balik ingin melawan kerajaan. Malah mereka balik sebagai seorang penuntut yang dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang cukup banyak sehinggakan tidak sabar-sabar ingin dicurahkannya. Tetapi amat malang, pengajian yang mereka bawa adalah pengajian tentang agama Islam yang tercinta dan sentiasa di pandang sepi oleh pihak kerajaan. Bukan itu sahaja, semestinya apa yang mereka belajar disini, tentulah lebih diketahui Arifnya oleh mereka dari dari apa yang rakyat Malaysia tahu mengenai Ajaran Islam, kerana ilmu-ilmu tentang agama Islam dan Al-quran itu ditulis dan dibawa dari negeri arab. Bahasa Al-Quran juga dalam bahasa arab, jadi mereka semestinya sudah tahu ada dasar-dasar kerajaan yang melanggari hukum Islam dan sudah menjadi kewajipan kepada pelajar-pelajar ini akan menegur apa yang tidak betul dalam kerajaan. Dan mereka hanyalah pelajar-pelajar muda dan tentunya teguran mereka tidak akan kedengaran bagi 'orang yang lebih tua' dari mereka. Oleh sebab itu mereka digelar 'menentang' kerajaan.

Juga dibuktikan bahawa tidak ada sebarang biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan untuk pelajar-pelajar pengajian Islam kerana mereka menganggap pengajian ini bukan subjek utama kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara Malaysia. Jadi kebanyakan biasiswa dan dermasiswa yang telah diterima oleh pelajar di Mesir ini hanyalah hasil dari sumber zakat dan BaitulMal dari setiap negeri. Jadi tiada kaitannya untuk berkata mereka tidak bersyukur kepada kerajaan kerana mereka bukan mendapat biasiswa dari kerajaan. Tetapi hasil duit zakat dan baitulmal. Dan duit-duit ini adalah hak asnaf-asnaf yang terlibat. Bukan duit bayaran cukai rakyat. Sepengetahuannya pelajar-pelajar di Mesir ini, Biasiswa kerajaan mahupun dermasiswa telah lama diluputkan oleh kerajaan Malaysia untuk mereka. Kerana dasar kerajaan malaysia adalah dasar Nasionalisme bukan dalam Islamism.

Oleh itu, tidak boleh disalahkan pelajar-pelajar lepasan timur ini apabila mereka pulang, semestinya, perkara awal yang dibawa oleh mereka adalah Islam dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya. apa yang diterangkan semestinya adalah perkara yang hak sahaja. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari apa yang di pelajari oleh mereka. amin

Makanan yang ku rindu (Ta'miah) makan kat kedai

Tamiah beli segenih, syibsy segenih dan roti esh segenih, pastu die bagi satu sayur ni, ammu jam kate 'syabsukah'. beli dan campurkan wow sedap juga tu

Ini kedai yang selalu aku belikan isteriku kibdah(hati), tapi pada malam ini, tak ada hati, sudah habis, yang ada limpa ngan tengkok

ini adalah limpa yang disaluti dengan roti esh, sedap juga. Ust daieng yang tunjukkan kedai ini padaku, masatu isteriku mengandung dan tidak cukup darah (low blood)

Sampah macam biasa tetap menimbun, tapi tak berbau la pulak, kucing kurap banyak la...

Ini Imarah Syari' Madrab, temapt aku menumpang tidur selama sebulan lebih di sini sebelum aku mengambil imtihan.

Kemajuan yang telah aku nampak, Jalan sudah bertar, bangunan sudha banyak da naik, tinggi-tinggi. Pada zaman aku bersama zaujah dahulu belum ada tar lagi... jalan akan berlumpur selepas tukar musim sebab akan hujan beberapa hari...

0 orang pesan: