CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 8, 2009

Masa lampau

Maka telah sebulan 9 hari aku di bumi anbia' ini, menghitung hari-hari yang tinggal untuk aku pergunakannya di sini sebaiknya. Bukan senang untuk menjejak kaki di bumi ini. Ia memerlukan keinginan plus semangat plus usaha untuk betul2 kite mengkikis ilmu yang berada di bibir2 pada syeikh dan syeikhah di sini.

Tidak semua orang yang berkemampuan dapat menghabiskan ilmu nya disini, kadang2 bila diluaskan rezeki, akan disempitkan masanya. Bila diperlapangkan masa, maka di sempitkan rezekinya. Dan itulah aturan dunia, sunnatullah, sentiasa berpusing2. Sedikit benar yang dapat menggarap kesemua peluang yang terhidang. Selama sebulan di sini memang seperti tiada apa yang dapat ku kutip illa ilmu dari madah yg ku bawa.

Pertama kali kedatanganku ke Mesir, membawa pelbagai kisah dan cerita, antara suka dan duka. Mengajarkan aku erti membuat keputusan dengan tepat. Pilihan demi pilihan, dan antara pilihan tersebut telah memberikan aku kebahagiaan dan cahaya untuk meneruskan hidup. Dan tahun 2006 adalah tahun yang mana menyaksikan kisah2 tersebut, dimana 'jatuh ' sama2, sedih sama2, ketawa sama2, belajar sama2, jalan sama2.

Kini, hanya dihantarkan seorang sahaja ke sini untuk menyelesaikan perkara pokok yang menjadi tujuan kebanyakan pelajar-pelajar asing mesir datang ke sini. Alhamdulillah selesai sudah perkara2 tersebut pada 4/6/9 bersamaan hari khamis lepas. Hanya doa dan munajat dipanjangkan untuk mendapat keberkatan doktor2. Didoakan agar jawapan yang telah dijawab adalah jawapan terbaik dan yang paling tepat diminta oleh doktor. Didoakan segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan akan dilihat olehNya menjadikan ia kayu pengukur kepada usaha dan ikhtiar yang dibuat oleh hambaNya yang hina ini. Didoakan juga semoga ketika doktor menanda kertas peperiksaan kita, dalam keadaan yang tenang dan gembira serta memahami maksud yang dipinta. Semoga semua dipermudahkan.

Selesai sudah isu peperiksaan, kini kembara jalanan menyusul, lepas satu, satu dibereskan, kerana belum tentu lagi selepas ini akan aku kembali ke bumi mesir ini. Datang ke Mesir pun sebagai pelancong sahaja... belum tentu... Perjalanan pertama selepas selesai peperiksaan adalah ke Kaherah kerana menemani sahabatku ammu jam bertemu sahabatnya yang menjadi musyrif pelancong2 yang ingin ke Mekah untuk menunaikan umrah...

0 orang pesan: