Kadang-kadang tu bila anak dok buat silap atau salah, biasanya mak akan kata pada bapak, “ Haaa….tengok tu perangai anak awak, sama macam pak dia…”. Tapi bila anak dapat pujian, mulalah mak kata, “ Aiii…anak sapa, tengokla mak dia…”.
Apapun itu antara senario yang kadang-kadang kita lihat. Tapi saya percaya kita semua tak amal la perangai macam tu. Bagi saya mak atau ayah, depa semua sama. Hari ini kita kena balas balik semua pengorbanan dan jasa mereka, kerana kita juga akan jadi bapa dan punyai anak. Tentunya kita jugak mahu anak-anak kita jadi manusia yang tahu membalas budi dan berjasa pada kedua ibubapa.
SEDAR TAK KITA TELAH MELAKUKAN KESILAPAN ………..APABILA KITA TELAH ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI …………(ISTERI).
Bila seronok, kita cari….pasangan
Bila sedih, kita cari….ayah
Bila berjaya, kita ceritakan pada….pasangan
Bila gagal, kita ceritakan pada….ayah
Bila bahagia, kita peluk erat….pasangan
Bila berduka, kita peluk erat…ayah
Bila nak bercuti, kita bawa….pasangan
Bila sibuk,kita hantar anak ke rumah….ayah
Bila sambut valentine.. kita bagi hadiah pada pasangan
Bila sambut hari bapa…kita cuma dapat ucapkan “Selamat Hari bapa”
Selalu.. kita ingat pasangan
Selalu.. ayah ingat kat kita
Bila-bila… kita akan talipon pasangan
Entah bila… kita nak talipon ayah
Selalu…kita belikan hadiah untuk pasangan
Entah bila…kita nak belikan hadiah untuk ayah
Renungkan:
Ayah tak pernah kata, “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehlah kau kirim wang untuk ayah”
Tapi kita selalu minta pada ayah.. itu dan ini…malah macam-macam!
Kesimpulannya disini, hari bapa adalah satu cara untuk bagaimana anak2 yang tidak pernah merasai atau tersedar tanggungjawab mereka kepada ibu bapa teringat kembali akan mereka berdua. Hari bapa bukan sahaja sekadar untuk hari2 tertentu, sepatutnya setiap hari adalah hari bapa. setiap hari adalah hari ibu. Sekurang2nya dengan adanya hari bapa ini, mereka2 yang mengejar sesuatu yang lain sambil mengutamakan perkara lain dari ibu bapa dapat sedar dan insaf dengan perkara apa yang mereka lakukan. Hak ayah ibu terletak selepas Hak Allah dan Rasul. Hak mereka yang patut di utamakan. Sampaikan dalam perkara talak isteri pun, ibubapa didahulukan. Mentaati mereka adalah perkara asas sebelum kita menyayangi anak dan isteri.
Disini juga saya ambil kesempatan nak ucap SELAMAT HARI BAPA kepada semua kaum adam yang sudah menjadi bapa. Moga kita mampu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak kita.
0 orang pesan:
Post a Comment