CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, May 28, 2009

Tiket : Siapa Cepat...

Alhamdulillah...

Nampak gayanye ana kena buat makluman sikit, tiket yang di warwarkan tu sekarang da tinggal sikit, mungkin akibat "murah gaknye"... ana pn tak tau antum semua yang menilainya... ok... untuk pengetahuan semasa... tiket yang tinggal adalah pada tarikh berikut:

Penerbangan: Egypt Air
Tarikh: 22 dan 29 jun, 1, 11, 25 julai

Itu pun ikut siapa cepat die dapat...


Untuk makluman semua, tiket untuk bulan lapan ke atas telah dinaikkan, ana tak pasti berapa, tp nnt ana confrimkan. Jadi kepada sesiapa yang sudah bertiket, enjoy your journey....

Sunday, May 24, 2009

Tiket Harga Student...


Salam kepada semua Warga Malaysia yang tinggal di Mesir, yang belajar di Mesir... yang ingin pulang menziarahi ayah dan ibu, yang ingin balik terus (Jgn Pandang Belakang)... ade sedikit berita untuk antum semua. Ada yang baik dan kurang bernasib baik.

Firstly yg baik la :Disini ada menyediakan perkhidmatan untuk membeli tiket Egpyt Air dari Mesr ke Malaysia. Harga insyaAllah berpatutan untuk kita sama2 pulang ke tanah air kita... di bawah saya senaraikan harga tiket yang boleh di beli..

Misr Tairan:


Sehala: L.e 2,300
Ulang Alik: L.e 3,350
Tempoh Ulang Alik: setahun
Berat Barang :40kg

Maklumat Lanjut:
Hp: 0144351154 (Abu Dzarr)
YM: kakashi_bug@yahoo.com (offline pun boleh)



Yang kurang baik, tawaran ini sah sehingga akhir bulan jun sahaja :(, apa2 hal... ana akan cuba untuk selepas itu... kerana akhir bulan enam ni pn ana kan pulang ke tanah air... huhuhu... jd nasihat penaja tempah la awal2 yer.. :D

Tempahan dibuka sekarang... Salam Imtihan

Thursday, May 21, 2009

BUKU TERBARU UNTUK IBU

"Ibu Madrasah Pertamaku"



Pada jam 10.30 pagi 15/5/2009, nenek dan mak cik sempo serta beberapa orang penulis buku "Ibu Madrasah Pertama Ku" ke udara Udara Di Radio IKIM. Slot dokumentari jam 10.30 pg sempena sambutan hari ibu merupakan satu perkongsian oleh para penyumbang penulisan untuk berkongsi tips, pengalaman suka duka perjuangan ibu ibu masing2 dalam memberikan pendidikan Islam dan menghasilkan anak anak yang berjaya dalam pelajarannya dan kehidupannya. Antara penulis yang berkongsi tentang ibu masing-masing dalam slot ini ialah Mama dan emak mama Hajah Sakinah, Puan Anfaal Saari dan ibu, Puan Aliza Jaafar, Dr Harlina Halizah Siraj dan Roha Hassan. Rakaman Slot Oleh Team Radio IKIM Yang Diketuai Oleh Puan Fairus telah datang ke Kompleks JIM pada 14/5/09.


(Nenek bersama Mak Cik Sempo, Mak Cik Wahibah dan Makcik Nafisah serta anaknya)


Apa tunggu lagi! Dapatkan Buku, "Ibu Madrasah Pertama Ku" untuk mengetahui kisah-kisah 23 orang ibu yang ditulis oleh 25 orang anak. Maklumat lanjut tentang buku "Ibu Madrasah Pertama Ku" ini boleh diperolehi daripada Roha Hassan(012-4317948) atau Nazirah/Murni (03-41073379)

Sedikit coretan sinopsis yang terdapat dalam buku ini...

Emak Aku Adalah ‘Woman Of Substances’
Ir Endok Sempo binti M Tahir-
M & E Consulting Engineer

”Tiada rehat selagi hidup, tiada pencen sebelum mati. Kerana hidup kita sentiasa berjuang dan kita mesti kaya untuk menolong orang lain.”

Sudah terlalu lama aku pendamkan niat ini. Niat untuk menulis tentang emak. Namun kini adalah masa terbaik untuk merakamkannya. Semasa artikel ini ditulis, aku sedang terlantar sakit kerana menjalani rawatan dan proses pemulihan dari serangan asthma yang terjadi seminggu yang lepas. Sambil berbaring di katil teruja fikiran untuk mula menulis. Masa inilah aku terasa benar-benar memerlukan kehadiran emak di sisi.

Teringat zaman kanak-kanak dan remaja, masa sakitlah emak terlalu dekat dengan kita. Rasa sakit, terpinggir, keseorangan, kesepian dan kesedihan ini membolehkan aku menulis sesuatu. Ilham dan bayangan masa lalu datang bertindih-tindih. Jelas wajah kasih dan simpati emak. Terasa kelembutan sentuhan emak dan motivasi emak mengalir dalam diri.

Perjuangan masa lalu emak menanamkan iman dan semangat dan menggilap potensi aku sejak dari kecil hingga dewasa malah semakin terkesan dalam rumahtangga apabila usia semakin senja. Emak adalah idola dan mentor dalam membentuk jati diri, membina kerjaya, melayari bahtera rumahtangga, menyusur alunan ombak kehidupan yang silih berganti antara susah dan senang.

Emak bersuamikan seorang pejuang revolusi

Kedatangan seorang ‘Guru’ dan Pejuang Revolusi dari Makassar Indonesia ke Tanah Melayu tahun 1948 menjadi buah mulut suku kaum Bugis yang telah bermastautin sejak abad ke 19 di Benut, Johor. Perawakan ‘kiyai’ dan keilmuan Islam nya yang terserlah memancing minat sepasang keluarga ‘berada’ kacukan Bugis-Banjar di Sungai Pulai Muar. Pasangan itu ialah datuk dan nenek aku. Mereka amat berkenan dengan semangat keislaman yang berkobar-kobar, kelakuan bersopan santun serta gaya pertuturan ‘guru’ itu yang kemudiannya menjadikan ayah aku menantu mereka.

Pada tahun 1949, ayah aku menjadi menantu idaman datuk aku. Emak aku, Sakinah Binti Abdul Hamid menjadi isteri seorang pejuang revolusi semasa dia masih bersekolah dalam darjah 4 di sekolah rendah. Umur emak di kala itu ialah 10 tahun. Menjadi isteri seorang pejuang revolusi bermakna menempah ranjau perjuangan yang penuh kesusahan. Gadis kecil se muda itu (anak orang berada yang serba cukup) tidak pernah terfikir risiko bersuamikan seorang yang berjiwa revolusioner. Emak seperti gadis-gadis di zamannya bukan tidak punya pilihan, tetapi mereka terlalu muda untuk memilih. Kedua ibu bapa merekalah yang memilih dan menentukan calon pasangan hidup mereka.

Sepatah kata emak, takdir telah menemukan emak dengan ayah kerana ada satu ’tujuan’ khusus. Emak telah dipilih Allah menjadi isteri ayah kerana ada maksud yang tersembunyi dan tersirat, yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Tujuan itu pada mulanya tidak emak fahami. Namun kehidupan bersama ayah selama hampir 45 tahun membuktikan semuanya. Kesusahan, penderitaan, kelaparan dan kesempitan dalam perjuangan, menghidupkan dan mendidik anak-anak semuanya tidak sia-sia.

Gelombang kehidupan bersama ayah menjadikan emak juga seorang ‘pejuang kehidupan’ yang cekal dan tabah serta tidak pernah mengaku kalah dan pantang berundur. Emak melihat perkahwinan bersama ayah bertujuan untuk melakar satu sejarah perjuangan yang menyambung sejarah perjuangan yang tidak ada penghujungnya sehinggalah dijemput malaikat maut. Perjuangan kemerdekaan jiwa dan bekerja untuk Islam sehingga mati tanpa rehat. Tidak ada istilah pencen dalam diari kehidupan pasangan berjiwa merdeka ini.

Emak umpama ’Aisyah’ tapi ’ibu beranak ramai’

Perjuangan emak sepanjang masa mudanya ialah perjuangan melahirkan anak sebanyak 17 kali, membesarkan dan mendidik anak seramai 13 orang sehingga dewasa. Dalam usia yang teramat muda, emak telah merasa erti pahitnya ’kehilangan’ apabila 3 orang puteranya meninggal dunia semasa kecil. Putera pertama, kedua dan ketiga dilahirkan sempurna dan hidup untuk beberapa bulan namun kemudian meninggal dunia satu persatu di kala emak berumur bawah 14 tahun. Bayangkan kepiluan dan kekosongan hati seorang ibu muda.

Ibu muda ini sebenarnya telah bertekad untuk memikul tugas besar seorang ’ibu’ muslimah. Suaminya pernah berkata, bahawa ’wanita terbaik ialah wanita yang paling ramai anaknya. Anak perlu ramai untuk menggandakan tentera Allah memperjuangkan agama Nya. Islam perlu umat yang ramai. Kekuatan politik sesuatu bangsa terletak pada bilangan ramai umatnya.

Dalam kekecewaan emak, ayah membawa emak menunaikan fardu Haji ke Mekah semasa emak berumur 14 tahun. Doa emak hanya satu. Emak berdoa agar dia dikurniakan anak yang ramai dan mohon Allah gantikan anak-anaknya yang telah diambil pergi. Emak genggam kemas cita-citanya yang satu itu, demi memegang amanat seorang ’guru’. Ayah terus memberikan kata semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada isterinya yang teramat muda itu. ...

Wednesday, May 20, 2009

Maklumat Ringkas Fiqh Jinayat

Bab 1 : Pengertian Jinayat

Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

Penta`rifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat.

Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.


Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat :-

1) Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya

2) Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.

3) Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.

4) Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri.

5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam negara Islam



Bab 2 : Bentuk Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Penjenayah

Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.


1. Hukuman Hudud

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`.

b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.

c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.

d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.

e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.

f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.


2. Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.

Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.

b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.

c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)


3. Hukuman Diyat

Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.


Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:

a) Pembunuhan yang serupa sengaja.

b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).

c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)


4. Hukuman Ta`zir

Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.


Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.


Bab 3 : Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir


Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)


Bab 4: Pembunuhan

1. Pembunuhan itu adalah satu daripada dosa-dosa besar sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

"Sesiapa yang membunuh orang-orang mukmin dengan sengaja maka balasananya ialah neraka jahanam kekal didalamnya dan Allah murka dan mengutuknya dan disediakan azab yang berat untuknya."
(Surah An-Nisa'a Ayat 93)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

" Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas (balasan yang sesuai dengan perbuatan) sebab membunuh orang."

2. Cara-cara pembunuhan ada tiga cara :

1) Sengaja semata-semata

i) Membunuh dengan sengaja semata-mata. - Iaitu seseorang yang bertujuan untuk membunuh dengan menggunakan sesuatu alat yang boleh membunuh atau mematikan seseorang.

Hukumannya :- - Pembunuhan wajib dibalas dengan bunuh juga (qisas) kecuali ahli waris yang terbunuh memaafkan dengan membayar diyat mughallazah (denda yang berat) ataupun dimaafkan tanpa membayar diyat(denda) -


Syarat wajib qisas :-

1) Islam
2) Tiada dimaafkan oleh ahli waris


2) Tersalah semata-mata

Iaitu pembunuhan yang tidak disengajakan sebagai contoh seseorang itu menembak binatang tetapi tertembak seseorang yang lain dan menyebabkan orang itu terbunuh.

Hukuman :-
Dikenakan islah tidak dikenakan qisas (balas bunuh) tetapi dia kena diyat mukhafafah (denda yang ringan). Diyat itu dibayar oleh adik-beradik pembunuh dan bayarannya boleh ditangguhkan selama tiga tahun. -

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-

"Sesiapa yang membunuh seseorang yang beriman dengan tidak disengajakan maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar diyat (denda) kepada ahli yang terbunuh."

(Surah An-Nisa'a - Ayat 92)


3) Menyerupai semata-mata

Iaitu seseorang yang memukul orang lain dengan sesuatu alat yang biasanya tidak boleh membunuh atau mematikan seperti ranting kayu dan mati dengan pukulan itu

Hukumannya:-
Islah tiada wajib qisas (balas bunuh) tetapi diwajibkan ke atas keluarga pembunuh membayar diyat mughallazah (denda yang berat) dengan secara beransur-ansur selama tiga tahun.


Bab 5 : Zina

Ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif (persetubuhan yang meragukan).

Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu bukan isterinya atau lelaki tadi menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syarak, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah, maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa dibawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam wati’ subhah iaitu persetubuhan yang meragukan.


Mengikut peruntukan hukuman syarak yang disebutkan di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar’iyyah bahawa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahan di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100 kali sebat. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (Surah An- Nur ayat 2)


ZINA TERBAHAGI KEPADA DUA :


1. ZINA MUHSAN
2. ZINA BUKAN MUHSAN


ZINA MUHSAN

Iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan yang halal (sudah pernah berkahwin)

ZINA BUKAN MUHSAN

Iaitu lelaki atau perempuan yang belum pernah melakukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin).

Perzinaan yang boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan Zina Muhsan ialah lelaki atau perempuan yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, iaitu telah merasai kenikmatan persetubuhan secara halal.


Penzinaan yang tidak cukup syarat-syarat yang disebutkan bagi perkara diatas tidak boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina muhsan, tetapi mereka itu boleh dituduh dan didakwa dibawah kesalahan zina bukan muhsan mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh hukum syarak.


HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEATAS ORANG YANG ZINA MUHSAN DAN BUKAN MUHSAN

Seseorang yang melakukan zina Muhsan, sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan keatas mereka hukuman had (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab I’anah Al- Thalibin juzuk 2 muka surat 146 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina muhsan wajib dikenakan keatas mereka had (rejam), iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati”.


Seseorang yang melakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau perempuan wajib dikenakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun sebagaimana terdapat di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :

”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.


PEREMPUAN YANG DI ROGOL DAN DI PERKOSA

Perempuan-perempuan yang dirogol atau diperkosa oleh lelaki yang melakukan perzinaan dan telah disabit dengan bukti –bukti yang diperlukan oleh syarak dan tidak menimbulkan sebarang keraguan dipihak hakim bahawa perempuan itu dirogol dan diperkosa, maka dalam kes ini perempuan itu tidak boleh dijatuhkan dan dikenakan hukuman hudud,dan ia tidak berdosa dengan sebab perzinaan itu.


Lelaki yang merogol atau memperkosa perempuan melakukan perzinaan dan telah sabit kesalahannya dengan bukti – bukti dan keterangan yang dikehendaki oleh syarak tanpa sebarang keraguan dipihak hakim, maka hakim hendaklah menjatuhkan hukuman hudud keatas lelaki yang merogol perempuan itu, iaitu wajib dijatuhkan dan dikenakan ke atas lelaki itu hukuman rejam dan sebat.

Perempuan-perempuan yang telah disabitkan oleh hakim bahawa ia adalah dirogol dan diperkosa oleh lelaki melakukan perzinaan, maka hakim hendaklah membebaskan perempuan itu dari hukuman hudud (tidak boleh direjam dan disebat) dan Allah mengampunkan dosa perempuan itu di atas perzinaan secara paksa itu.


Bab 6: Liwat

Liwat ialah melakukan persetubuhan di dubur, sama ada dubur lelaki atau dubur perempuan walaupun dubur isterinya sendiri.

Melakukan persetubuhan didubur hukumnya adalah haram dan sama seperti bersetubuh difaraj perempuan yang bukan isterinya, dan juga sama hukumannya dengan berzina. Mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang yang berliwat itu muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun, jika berliwat dengan bukan muhsin.

(Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 111-112)


MUSAHAQAH (LESBIAN)

Melakukan sesuatu perbuatan untuk memuaskan nafsu seks diantara perempuan dengan perempuan dengan mengeselkan faraj dengan faraj mereka berdua hingga mendatangkan berahi dan merasa kelazatan dengan sebab pergeselan faraj diantara kedua-dua orang perempuan itu.


Musahaqah adalah suatu perbuatan yang haram dan wajib dikenakan hukuman takzir, dimana kesalahan musahaqah itu boleh disabitkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki untuk mensabitkan kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman takzir. Dan kesalahan liwat hendaklah disabitkan kesalahan itu dengan bukti –bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak untuk membuktikan zina.


MENDATANGI BINATANG

Seseorang yang mendatangi binatang tidak boleh diistilahkan sebagai orang yang berzina. Perbuatan mereka itu boleh diistilahkan suatu perbuatan yang haram dan keji yang wajib dijatuhkan hukuman takzir.


BERSETUBUH DENGAN ORANG YANG TELAH MATI

Lelaki yang mensetubuhi perempuan yang telah mati yang bukan isterinya tidak boleh diistilahkan melakukan perzinaan, tetapi lelaki itu wajib dikenakan hukuman takzir. Begitu juga perempuan yang memasukkan zakar lelaki yang telah mati yang bukan suaminya ke dalam farajnya tidak boleh juga dikira sebagai berzina, tetapi perempuan itu wajib juga dikenakan hukuman takzir.

Oleh itu bagi perkara tersebut diatas lelaki dan perempuan itu tadi wajib dikenakan hukuman takzir sahaja dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud.


BUKTI-BUKTI UNTUK MENSABITKAN KESALAHAN ZINA

Untuk mensabitkan seseorang itu bersalah dalam kes zina yang wajib dikenakan hukuman hudud mestilah dibuktikan dengan salah satu perkara-perkara berikut:-

i) Perzinaan itu mestilah disaksikan oleh empat orang saksi lelaki. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

”Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) diantara perempuan-perempuan kamu maka carilah empat orang lelaki diantara kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan mereka”.
( Surah An-Nisaa' - Ayat 15)

ii) Ikrar (pengakuan) daripada orang yang melakukan zina. Ikrar ini hendaklah dibuat dihadapan imam atau wakilnya seperti hakim atau kadhi.

iii) Qarinah, iaitu perkara-perkara yang menunjukkan berlaku perzinaan, misalnya hamil bagi perempuan-perempuan yang tidak bersuami, atau tidak diketahui perempuan itu ada suami.


KELAYAKAN SAKSI –SAKSI DALAM KES ZINA

Saksi-saksi yang layak untuk menjadi saksi dalam kes kesalahan berzina yang boleh diterima penyaksiannya ialah mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut:-

1. 4 orang lelaki
2. Baligh, telah dewasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak.
3. Berakal
4. Orang yang adil, iaitu tidak melakukan dosa besar dan dosa –dosa kecil.
5. Orang Islam
6. Saksi-saksi itu kesemuanya mestilah benar-benar melihat dengan matanya sendiri masuk kemaluan lelaki itu kedalam kemaluan perempuan itu seperti keris masuk kedalam sarungnya.
7. Keterangan saksi-saksi itu mestilah jelas, iaitu menerangkan secara hakiki masuk zakar lelaki itu ke dalam lubang faraj perempuan itu sebagaimana yang berlaku – bukan secara kiasan.
8. Saksi-saksi itu mestilah melihat sendiri perzinaan itu dilakukan dalam satu tempat yang tertentu dan dalam satu masa yang sama (tidak berlainan tempat dan masa).


Bab 7: Qazaf

PENGERTIAN QAZAF

Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunanya.


PEMBAHAGIAN QAZAF

1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki yang adil.

2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arakatau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorang dan menghinanya.

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besardan wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana Firman Allah Taala yang bermaksud:

”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)


PENUDUH YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN QAZAF

1. Berakal
2. Baligh
3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa
4. Mengetahui haramnya Qazaf
5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.


Bab 8 : Minum Arak (Khamar)

PENGERTIAN ARAK

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.

(Surah Al- Maidah ayat 90)


HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK

Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.



KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)

Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:

i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia

ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.

iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.

Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.


PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD

Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:

i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut


Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak (khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’.

(Riwayat Bukhari dalam Sahih)


BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)

Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-

1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)

Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan.


Bab 9 : Mencuri (Sariqah)

PENCURI

Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”

(Surah Al- Maidah ayat 38)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”

(Riwayat Bukhari Muslim)


CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI

1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.


HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI

1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-

i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri

2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”

(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.

(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)

4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :

” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.

(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)

Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.


PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH

Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-

1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.

4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.

5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.


SABIT KESALAHAN MENCURI

1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-

i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.

2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.

3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.


PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.

1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.


HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI

Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.

1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.

Tuesday, May 19, 2009

Sampai ke Imtihan

Hari ini genap 19 hari aku berada di Bumi Ambia', Mesir, Alhamdulillah segala urusan telah di uruskan dengan sempurna. Yang tak sempurna pun boleh dimasukkan ke dalam ketogori sempurna. Apa itu tidak sempurna? itulah perkara membuat visa pelajar di sini. Semuanya gara-gara kepayahannya orang-orang luar untuk berurusan dengan Pak Arab.

Perkara ini, rasanya hanya berlaku di Muhafazah Mansoura sahaja. Apa tidaknya, perkara memula perlu dilakukan oleh semua wafideen(Pelajar Luar Negara) adalah perlu mendapatkan Pengesahan Kuliah dari Pejabat AL-Azhar, sedangkan aku telah sampai waktu pembelajaran sudah tamat. Jadi alasan ammu2 pejabat adalah tidak wajar untuk mengambil tasdiq (pengesahan kuliah) selepas waktu belajar. Keduanya perlu pergi ke jawazat untuk membuat visa. Apabila ke sana bukan urusan visa yang akan ditempuhi, akan tetapi sema wafideen harus berjumpa dengan Amnu Daulah. Mereka ini adalah seperti Pihak2 keselamatan dalam negeri. Jika belum menemui beliau maka visa tidak akan dikeluarkan. Hendak tunggu berjumpa dengan Amnu Daulah je memakan masa lebih sebulan.

Jika Amnu Daulah telah meluluskan untuk mengambil visa, perlu semula ke jawazat untuk memberitahu perkara tersebut. Kes semasa di jawazat lain pula, apabila ke sana, jika mereka tidka ada mood atau .... apa saja la.. mereka dengan senang hati, dengan satu perkataan "Bukra"(esok). pergi esok pula, perkataan sama akan dijawab. Masa setiap pelajar kadang2 berbeza. tidak boleh hari2 pergi ke sana. Jikalau pelajar perempuan cepat pula mereka menguruskan. Betul2 Pak Arab la katekan. Pantang nampak dahi licin.

Perkara yang sudah dikatakan sempurna adalah perkara yang paling penting untuk aku melaksanakan misi dan matlamat aku datang ke Mesir. Menamatkan dan menghabiskan bacaan dua kitab yang akan dibawa dalam peperiksaan akhir nanti adlah suatu kesyukuran kerana habis sudah aku memahami kedua2 mata pelajaran tersebut. kedua2nya mata pelajaran Hadith, Hadith Mauduie dan Hadith Tahlili.

Hadith Mauduie memaparkan Hak-Hak Dalam Islam Yang harus di lakukan oleh Setiap orang Islam. Hadith Tahlili pula berkaitan dengan Hukum Hudud yang perlu dilaksanakan oleh Negara Islam kerana yang boleh menjalankannya adalah Amir(Pemimpin) atau Imam sesebuah negara.

Alhamdulillah perkara-perkara ini telah selesai. tinggal mahu menghafal dalil2 yang berkaitan sahaja... semoga Allah mempermudahkan urusanku dan memenangkan hatiku untuk menjawab segala persoalan yang akan diberi oleh Doktor... Peperiksaan akan bermula dengan madah Hadith Mauduie iaitu pada 28/05/2009 dan Hadith Tahlili pada 04/06/2009. Doa dari sahabat-sahabat amatlah diperlukan. Ameen....


Imarah-Imarah ayng ada sekitar Bandar Mansoura

Rupa duit di Mesir seperti sudah digunakan sepuluh tahun

Makanan kegemaran yang lagi best dari PizzaHut dan Domino Pizza, Capochino.

Anak-anak Pak Arab bermain bola

Thursday, May 14, 2009

Apa yang ada...

Sudah menjangkau 13 hari aku tiba di bumi anbia'i wal mursalin... Misr... Alhamdulillah, bayangan madah yang akan imtihan pada 28/5 dan 4/6 sudah kelihatan dan mudah difahami. Aku mula merasa enak belajar di bumi mesir ni... lagi-lagi di Mansurah, gelarannya Bandar Perubatan kerana terdapat University Perubatan yang terbesar di Mesir.

Niat sebelum aku melangkah kaki ku di Mesir, aku harus lulus dengan cemerlang kedua-dua madah yang di bawa dan aku mesti merasai kembali makanan-makanan yang amat di rindui di Mesir. Biarpun keadaan sekitar tidak sesempurna Malaysia, tetapi kenangan inilah yang boleh membuatkan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sini matang dalam kehidupan.

Sering kali kedengaran, pelajar Malaysia selalu 'sangkut' pelajarannya di Mesir. Hingga 6-10 tahun baru pulang ke Malaysia. Pengajian Ijazah Sarjana Muda di sini pun hanya mengambil 4 tahun sahaja. Tetapi orang tidak tahu bahawa, selalunya pelajar Malaysia bukanlah saja-saja mahu balik lewat ke Malaysia melainkan ingin menimba 'ilmu-ilmu' yang terlalu banyak di bumi Mesir ini. Ilmu pengajian di Universiti Al-Azhar memang dalam 4 tahun sudah boleh dihabiskan, tetapi adakah itu sudah mencukupi?, sudah tentu jawapannya tidak. Kerana ilmu-ilmu yang berada di mesir ini, sehingga 30 tahun pun belum tentu akan habisnya. Di bumi Mesir inilah yang menyaksikan ramai para Ulama'-ulama' Mu'tabar telah dilahirkan bukan kerana 4 tahun mereka berada disini, tetapi sekurang-kurangnya 10 tahun baru dikira berjaya untuk menguasai ilmu.

Seringkali kedengaran, Pelajar Al-Azhar jika pulang ke tanah air, mereka akan melawan kerajaan, dan tidak bersyukur kerana kerajaan telah membiayai pengajian mereka selama mana mereka di Mesir. Ternyata kenyataan ini begitu meleset, bukan niat pelajar Mesir ini balik ingin melawan kerajaan. Malah mereka balik sebagai seorang penuntut yang dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang cukup banyak sehinggakan tidak sabar-sabar ingin dicurahkannya. Tetapi amat malang, pengajian yang mereka bawa adalah pengajian tentang agama Islam yang tercinta dan sentiasa di pandang sepi oleh pihak kerajaan. Bukan itu sahaja, semestinya apa yang mereka belajar disini, tentulah lebih diketahui Arifnya oleh mereka dari dari apa yang rakyat Malaysia tahu mengenai Ajaran Islam, kerana ilmu-ilmu tentang agama Islam dan Al-quran itu ditulis dan dibawa dari negeri arab. Bahasa Al-Quran juga dalam bahasa arab, jadi mereka semestinya sudah tahu ada dasar-dasar kerajaan yang melanggari hukum Islam dan sudah menjadi kewajipan kepada pelajar-pelajar ini akan menegur apa yang tidak betul dalam kerajaan. Dan mereka hanyalah pelajar-pelajar muda dan tentunya teguran mereka tidak akan kedengaran bagi 'orang yang lebih tua' dari mereka. Oleh sebab itu mereka digelar 'menentang' kerajaan.

Juga dibuktikan bahawa tidak ada sebarang biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan untuk pelajar-pelajar pengajian Islam kerana mereka menganggap pengajian ini bukan subjek utama kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara Malaysia. Jadi kebanyakan biasiswa dan dermasiswa yang telah diterima oleh pelajar di Mesir ini hanyalah hasil dari sumber zakat dan BaitulMal dari setiap negeri. Jadi tiada kaitannya untuk berkata mereka tidak bersyukur kepada kerajaan kerana mereka bukan mendapat biasiswa dari kerajaan. Tetapi hasil duit zakat dan baitulmal. Dan duit-duit ini adalah hak asnaf-asnaf yang terlibat. Bukan duit bayaran cukai rakyat. Sepengetahuannya pelajar-pelajar di Mesir ini, Biasiswa kerajaan mahupun dermasiswa telah lama diluputkan oleh kerajaan Malaysia untuk mereka. Kerana dasar kerajaan malaysia adalah dasar Nasionalisme bukan dalam Islamism.

Oleh itu, tidak boleh disalahkan pelajar-pelajar lepasan timur ini apabila mereka pulang, semestinya, perkara awal yang dibawa oleh mereka adalah Islam dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya. apa yang diterangkan semestinya adalah perkara yang hak sahaja. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari apa yang di pelajari oleh mereka. amin

Makanan yang ku rindu (Ta'miah) makan kat kedai

Tamiah beli segenih, syibsy segenih dan roti esh segenih, pastu die bagi satu sayur ni, ammu jam kate 'syabsukah'. beli dan campurkan wow sedap juga tu

Ini kedai yang selalu aku belikan isteriku kibdah(hati), tapi pada malam ini, tak ada hati, sudah habis, yang ada limpa ngan tengkok

ini adalah limpa yang disaluti dengan roti esh, sedap juga. Ust daieng yang tunjukkan kedai ini padaku, masatu isteriku mengandung dan tidak cukup darah (low blood)

Sampah macam biasa tetap menimbun, tapi tak berbau la pulak, kucing kurap banyak la...

Ini Imarah Syari' Madrab, temapt aku menumpang tidur selama sebulan lebih di sini sebelum aku mengambil imtihan.

Kemajuan yang telah aku nampak, Jalan sudah bertar, bangunan sudha banyak da naik, tinggi-tinggi. Pada zaman aku bersama zaujah dahulu belum ada tar lagi... jalan akan berlumpur selepas tukar musim sebab akan hujan beberapa hari...

Monday, May 4, 2009

Terkenang


Sudah tiga hari aku berada di mesir, pengalaman dan kenangan lama yang pernah terbina ketika kali pertama aku menjejakkan kaki di muka bumi para anbia' ini.

Berbezanya dahulu aku bersama orang tersayang dan kini aku kesepian, berbekalkan doa dan hati yang cekal ku pergi meninggalkan buah hati bertiga di malalaysia. memang dirancang sebelum aku berangkat ke mesir, aku sempat pergi ke PCfair di Persada, Johor Bahru, (designer by P.C Din). memang tujuan utamaya nak cari Hard Disk. HD yg lama da lama rosak.. banyak ilmu2 yang telah ku copy dari rakan2 telah musah sama sekali. kali ni akan ku cari kembali ilmu2 yang telah di copy oleh rakan-rakan di ardul kinanah untuk dibuat rujukan dan panduan.

Sebelum bertolak ke mesir sempat aku copy gambar buah2 hati ku di Malaysia. semoga mereka berada dalam keadaan sehat sejahtera... semalam petang waktu mesr... sempat juga la YM kelaurga ku di malaysia, tp hanya seketika, dapat juga ku berbual dan menatap wajah mereka. dengan webcam... kecomelan mereka bertiga memang sentiasa bertapak dihati ku semoga kamu semua sentiasa di lindungi olehNya.

Doakan kejayaan ku dan keselamatanku terjaga sentiasa... pesanan ringkas kepasa sahabat2 di ofis, cover2kan kerja2 ku yang da pasti melambak kat atas meja aku tu. nnt balik aku bagi sorang sikit minum air sungai Nil....


Hanan waktu baru lahir baru lahir (31/08/07)

Hanan Waktu da 8 bulan

Hanan ketika pergi Jalan-jalan

Hanan da Setahun lebih


Iman baru lahir (04/01/09)

Iman da pandai meniarap

Iman da suka jeling orang jer ni.

Sunday, May 3, 2009

Musafir

Alhamdulillah...

Dalam kesibukan mengejar rezekimu di dunia ini, aku telah diberi kesempatan, diberi ruang untuk mencari ilmuMu Ya Allah, sempat ku berhenti disuatu tempat dimana disitulah bermula segla-galanya, bermula pengalaman yang banyak mengajar hidupku erti kehidupan, mengajarkan daku erti susah payah, kelainan budaya menjadi salah satu cabaran untuk menerima dan belajar enti seorang insan.

Bukan semua manusia ini sama, tatacara dan gaya kehidupan di setiap benua pasti dapat mengajar kita apa itu menerima dan bersyukur. Awal bulan lalu iaitu bulan April, tidak diduga, no telefon sahabatku dari tempat belajar ku di mesir, telah pulang ke kampung halaman, ust Daing telah memberi no telefon ust Nizam di Selangor untuk bertanya khabar. Alhamdulillah, tanpa diduga beliau telah berkata bahawa "Adakah aku ingin meneruskan dan mengambil 2 madah peperiksaan akhir pada tahun ini, kerana pada 15hb mei 2009 akan bermula exam Niha'i. Ku rasakan masa pantas berlalu, dengan sedikit pengorbanan, aku cuba mengimbas kembali akaun dan pelan rancangan keluarga tahun ini, adakah sempat untuk aku membuat persiapan untuk ke sana.

Setelah ku yakin semnua berjalan lancar, ku terus memutuskan suratku ke pegawai atasan ku, dan seruanku untuk sambung belajar disambut baik oleh Ketua Penolong Pengarah tempatku bekerja. Setelah semua persiapan sudah dibuat baik urusan di Malaysia dan Mesir telah dapat ku selesaikan. Tiba haribulan 30 mei, aku berseorangan telah bertolak dnegan menaiki kereta wira JFM 7744 seorang diri ke Kuala Lumpur. Di sana aku telah berjanji dengan sahabatku di sana untuk menjaga keretaku sepanjang aku belajar. Hanya di hadapan rumahku di Johor, telah menyaksikan perpisahan aku dengan isteri tercinta bersama anak-anak untuk aku meneruskan perjuangan yang belum selesai. Al-Maklum nanti jika isteriku ikut sekali bagaimana dan siapa yang ingin membawa beliau pulang?.

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan ku dari Johor Bahru ke Muar, hujan mencurah-curah seperti menangisi pemergianku meninggalkan orang yang dikasihi demi menyeru seruan dakwah islamiah. Tiba di Muar, dapat ku pohon restu ibu bapaku serta adik2ku di sana. Tepat jam 12 tengah hari, aku terus berangkat ke K.L menggunakan "jalan dalam" melalui Melaka, tiba di Tampin, Negeri Sembilan, baru aku menggunakan highway untuk sampai ke Kuala Lumpur. Al-maklum banyak perkara yang perlu dijimatkan, menunggu duit sumbangan pasti lambat untuk dimasukkan. Sumbangan telah dipohon dari tempat kerjaku namun belum ada jawapan, tunggu saje lah. Jika ada itu semua adalah rezeki.

Tiba di K.L jam 4 petang, aku terus ke rumah ibu saudaraku di Taman Keramat, Ampang. Di sana aku mengambil barang-barang yang telah dikirimkan oleh makcik dan nenek untuk anak dan cucu mereka di Tanta dan Iskandariah. Malangnya tidak berjumpa dengan nenekku di sana kerana beliau tinggal dirumah Makcikku yang seorang lagi. Tepat jam 6.30 petang seperti yang dijanjikan, sahabatku menelefon ku untuk mengambilnya dari tempat kerja kerana kereta beliau telah rosak. Aku suruh beliau menaiki Putera LRT ke Jelatek untuk aku one way sahaja mengambil beliau.

Tiba jam 8 mlm, aku singgah di RnR highway baru (tah kat mane tah) untuk solat maghrib dan jamak isya', selepas itu kene la tol 2.00, pastu terus ke carrefour, putrajaya untuk tukar duit malaysia ke us dollar, 508 myr bersamaan dengan 140 us dollar. Setelah itu kami sempat makan di kg abu bakar baginda di bangi dan setelah selesai makan, terus ke Bangi untuk mandi seketika di rumah sahabatku di flat bukit mahkota.

Selesai mandi, solat hajat dan musafir, jam 11 mlm aku terus berangkat KLIA. Tepat jam 12 tgh mlm aku tiba di sana, selepas check in barang2, aku ajak la sahabat aku ni temankan aku kerana pada malam itu, tiada siapa yang menghantar aku ke KLIA. Sehingga jam 1.30 pg 1 mei 2009 aku suruh mereka pulang sahaja kerana pada sangkaan awalnya aku ingat mereka cuti pada esoknya, tetapi mereka ingin membuat O.T pula.

Jam 1.30 pg aku masuk dan tidur di kerusi menunggu pintu kapal terbang terbuka. Jam 2.15 pg bermula orang2 di situ check in. aku pun masuk sekali. Yang ramai kelihatan hanyalah warga arab yang ingin pulang ke negara mereka. Sudah menjadi tabiat orang arab, pabila musim panas mereka akan 'lari' ke Asia kerana udara di sini nyaman sekali.

Jam 3.15 kapal terbang Kuwait Airlines pun berangkat meninggalkan bumi Malaysia. Jam 6.30 pg waktu tempatan aku tiba di Kuwait, waktu Malaysia 11.30 pg. Pusing2 aku di situ, da la tak diberi tempat tido, transit smpai 8jam. Aduh! penat juga la duduk di kerusi. Nasib baik ade la gak wifi. Boleh chat2 skit :D, sempat la juga jalan2 di kedai2 yang kononnya free duty dapat murah... tetapi memang murah saru cd lagu ori hanya 1.2 KD duit sana dipanggil kuwait dinar (KD). cd cerita smallville hanya 18 KD... satu season... tapi itu hanya kiraan orang2 yang belum di tukar ketukaran asing. Lihat di money changer die tak tulis berapa us bersamaan dengan nilai yang terpampang di screen di situ. 1 us ke bersamaan dengan 283600, 10 us = 283600, 100 = 280000, mase tu kire tak pandai la nak tukar2ni, pstu aku masuk la satu kedai handset ni. Ada mat saleh ni saje je nk tanya berapa nilai dalam dollar harga handset disitu. Die pun tunjuk satu handset ni. Pastu jurujual di situ sebut (org filiphine) 100 dollar. Dalam hati cakap " handset ape tu?'', sekali tengok handset cikai je.. tgk nilai KD die 28 je.. mak ai.. tinggi betul nilai duit kat sana... nasib baik tak tukar duit kalau tak abis kat sana jer.. terus dok diam2 hehehehe.

Jam 2 ptg waktu tempatan, waktu malaysia 7 petang, kami berangkat dari Kuwait ke Cairo. sampai di Cairo jam 5 petang waktu tempatan dan waktu malaysia 10 malam. Nasib baik Imigresan arab tak banyak songeh. Tapi beg nye pulak lambat keluar. pukul 6 lebih baru dapat keluar pasal tunggu beg. Pastu nak keluar tu Kastam pula nak check, dia ade la minta passport sambil tanya dalam beg ni ade ape?... "alamak! aku da lama tak cakap arab ni?, ape yang aku nak cakap dalm ni ade kerepek?.. kerepek bahasa arab aper?...ah bantai je la "ta'am". Tanpa aku sedar aku terberi die satu pamplet pasal bola yang aku ambil semasa sebelum check imigresen. tanpa die suruh buka bg, dia kate kat aku jalan2... aku gelak sendiri dalam hati... alamak tersalah bagi pulak... hehehe...

Di luar airport, sahabatku budak johor sudah 1 jam menunggu, Katat nama die. Seperti dijanjikan, die menyewa kereta dari sahabatnya, orang thailand nama panggilan ust Mat. Ust Mat ni da duduk Mesir dekat 15 tahun. dah jadi Core duo senior la... Jadi pergilah kami ke ARMA kejap, asrama rumah melayu abasiah di kaherah untuk aku menunaikan solat zohor dan asar. Selesai solat terus pecut ke Mansurah. Katat da dapat bahagiannya yang dikirim oleh kakaknya, terus tak nak ikut, bukan ape esok pereksa katenya. Akupun paham keadaan belaiu.. dieprtengahan jalan aku singgah beli prepaid Etihad, sepuloh genih, Topup sepuluh genih.

Sampai Mansurah dalam pukul 8 lebih, rumah sahabat aku namanya muhaimin. Tiba di bawah bloknya, aku terus naik ke atas.. macam ingat tak ingt je rumahnya. AL-maklum da dua tahun da balik malaysia. Aik?.. rumah gelap je betul ke?... bila beri salam, yang keluar orang melayu. Ust Saipun namanye. Aku tanya la ust Muhaimin mana?.. dia da cuak je.. die tgk mcm kenal tak kenal je yang mamat ni... sekali Muhaimin keluar.. ha.. baru la kitorang bersalam-salaman... sampai sudah.. nak jadi cerita rumahnye muhaimin takde elektrik da 3 hari da.. pak arab si tuan rumah la tukar meter.. da problem..

malam tu berhijrah lagi la aku dan sahabat2 ke rumah sahabat lain(Ust Adham) untuk tumpang bermalam...

ZZZzzzZZZzzz